Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 19, 2016

Zaid sanggah Jamil Khir

Zaid: Jamil Khir silap, perlu persetujuan negeri, Raja-raja
mk - Hari ini, 5:10 petang      Hari ini, 5:27 petang
Persetujuan oleh negeri-negeri dan Raja-Raja Melayu diperlukan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355) walaupun ini melalui rang undang-undang ahli persendirian, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Oleh itu, kata Zaid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom silap apabila berkata kerajaan boleh berbuat demikian dengan mengambil alih rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda akta berkenaan.

"Sama ada ia dibentangkan oleh Abdul Hadi atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, keperluannya adalah sama.

"Undang-undang Islam adalah di bawah bidang kuasa negeri-negeri dan Raja-Raja Melayu, jadi sebarang pindaan kepada Akta 355 mesti mendapatkan persetujuan mereka," kata Zaid dalam blog video hari ini.

Semalam, Jamil Khir pada Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara kali ke 15 di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur disoal mengapa kerajaan tidak membentangkan pindaan kepada Akta 355 itu sendiri.

Beliau menjawab dengan berbuat demikian kerajaan terpaksa mendapatkan persetujuan dari semua negeri.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang ahli persendirian boleh dibentangkan oleh mana-mana ahli Parlimen, kata Jamil Khir.

Zaid berkata Jamil Khir bukan sahaja salah dari segi fakta, tetapi juga menunjukkan kecenderungan Umno untuk mencari jalan untuk memintas undang-undang demi kepentingan mereka sendiri.

Abdul Hadi sebelum ini berusaha memansuhkan hukuman maksimun yang ditetapkan di bawah Akta 355. Ini akan membolehkan negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu untuk menguatkuasakan enakmen negeri masing-masing bagi melaksanakan undang-undang hudud.


Presiden PAS itu, bagaimanapun, akhirnya meminda usulnya dengan cadangan hukuman maksimun penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Hukuman pada masa ini adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa