Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 18, 2016

Kemalangan di Kampung Gaung Lati, Jalan Pasir Mas Rantau Panjang

Kes kecemasan penyelamatan:

Kemalangan jalan raya .
Alamat : Kampung Gaung Lati, Jalan Pasir Mas Rantau Panjang.
Terima panggilan : 2309 ( 16/12/2017) ( jumaat )
Jentera keluar : 2310

PBK II 1999 mengetuai jentera Mas 1 bersama EMRS dengan kekuatan 8 orang pegawai kelokasi. Sampai dilokasi benar berlaku kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan jenis proton persona bertembung dengan sebuah proton persona. Ketika tiba dilokasi didapati terdapat seorang mangsa lelaki tersepit dibahagian pemandu.
Tindakan Pihak JBPM :

-Menghantar mangsa yang telah dikeluarkan oleh orang awam ke hospital menggunakan jentera EMRS .

-melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan "combination spreader" dan menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans.

Mangsa terlibat : 4 LD, 2WD, 1 KL
1. Mohd Rustom b. Shihabudin (33 tahun ) - disahkan meninggal di hospital
2. Fadrul Izwan b. Muhamad (35 tahun) - disahkan meninggal dihospital
3. Mohd Bukhari b. Muhammad (28 tahun) - cedera ringan
4. Khairul Nisat binti Shihabudin (28 tahun) - cedera
5. Shihabudin b. Deraman (74 tahun) - cedera
6. Rahimah binti Deraman (74 tahun) - cedera
7. Mohd Thaqif Hilmi b. Mohd Bukhari ( 1 tahun) - cedera ringan

Kronologi kejadian:

Menurut saksi, sebuah proton persona yang dipandu seorang lelaki dewasa daripada arah Rantau Panjang telah gagal memotong kenderaan lain dan telah merempuh sebuah sebuah kereta proton persona di laluan berlawanan yang dipandu seorang lelaki dewasa bersama 5 penumpang. Ini menyebabkan kereta berkenaan gagal dikawal dan telah merempuh sebatang pokok.

Agensi bantuan terlibat :
- 2 unit Ambulans Hospital
- 1 unit ambulans APM
- 2 unit Peronda PDRM
 
 
 
 - via whatsapp

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa