Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 17, 2016

Dalam keadaan biasa susah juga nak percaya: Puteri Saadong- Rahsia Kijang Putih dan Emas - ada kaitan juga hal perlantikan YDP Agong

PUTERI SAADONG - RAHSIA KIJANG PUTIH DAN EMAS
1. Sebenarnya tawasulan ke atas Puteri Saadong atau nama sebenarnya Siti Saadong yang memerintah Kelantan sekitar 1380 ini telah dibuat lama iaitu sebelum perlantikkan rasmi Sultan Muhammad V menjadi Yang DiPertuan Agong. Saya sebenarnya tidak nampak mesej apa yang hendak disampaikan oleh golongan pemerintah lama ini, baru malam ini (17 Dis, 1 pagi) dapat tahu.
2. Orang cuma kenal Gunung Ledang sebagai tempat diamnya, Puteri Gunung Ledang, rupa-rupanya di Kelantan, ada lagenda yang lebih menarik...ia terkait di kawasan Kualai Krai atau secara spesifiknya, Gunung Stong.
3. Puteri Saadong ini, difahamkan kepada saya tidak meninggal dunia tetapi ghaib begitu sahaja. Bab ini jangan ditanya saya, kerana saya sendiri menyerahkan persoalan ini kepada Tuhan Yang Esa, jika hendak dipertikaikan, terlalu banyak kisah-kisah
manusia yang ghaib begitu sahaja, kadang-kadang hilang di hadapan saksi dan tempat hilang itu kemudian ditandakan, sehingga menjadi makam, yang sebenarnya tidak ada jenazah pun di dalamnya.
4. Kedaulatan pemerintahan Puteri Saadong ini merangkumi kawasan di Segenting Kra sehingga ke perbatasan Pahang/Johor. Puteri ini menjadi pemerintah kerana ayahnya, tidak mempunyai anak lelaki.
5. Saya sebenarnya tidak tahu sangat sejarah Kelantan, yang saya tidak faham apa kaitan Kijang dengan Kelantan, khususnya pada wang pitis dan kemudian ringgit Malaysia. Jadi soalan inilah yang terpancul dari mulut saya, rupa-rupanya kijang ini memang wujud. Ia terdiri daripada dua ekor, masing-masing berbulu emas dan putih.
6. Kijang emas ini apabila kelihatan oleh orang kampung, ia menjadi tanda bahawa Puteri Saadong hendak sampai ke kawasan tersebut, kijang putih ini pula dalam kategori binatang ajaiblah tetapi hanya orang-orang tertentu sahaja boleh lihat.
7. Terus-terang, saya tidak bersedia dengan kehadiran Puteri Saadong, tak sempat nak google sejarah Kelantan. Sahabat Shahpaskal yang memanggil dan telah melakukan solat hajat pada sebelah siangnya, tetapi tidak memaklumkan kepada saya tentang tokoh yang mahu diwawancara.
8. Jadi saya belasah sahaja dengan soalan yang terlintas dalam kepala, antaranya berkenaan wilayah Patani yang sekarang ini duduk di bawah Thailand. Menurut Puteri Saadong, amat sukar untuk memerdekakan Patani kecuali melalui pemberian kuasa autonomi. Cara terbaik bagi membantu bangsa Melayu Patani adalah membangunkan wilayah tersebut. Jika Malaysia mahu mengambil Patani sebagai wilayahnya, rundingan akan mengambil masa yang amat panjang, mungkin sehingga 50 tahun dan nasib tidak baik, akan pecah perang di antara kedua-dua negara jiran itu.
9. Puteri Saadong ketika kami temui, berusia dalam pertengahan 30an, cantik orangnya, tinggi macam model dan berseledang. Gunung Stong di Kuala Kerai menjadi pusat pemerintahan beliau tetapi kesemua tanda-tanda kerajaan dan pemerintahannya ghaib selepas beliau hilang dari mata manusia.
10.Malam ini, 17 Dis...semasa saya sedang melepak dengan Sahabat Shahpaskal, Kerol Jumper dan Zuha, tiba-tiba satu suara mengejutkan Sahabat Shahpaskal. "Cerita Puteri Saadong, bila nak tulis??? Sultan Kelantan sudah jadi Agong tetapi ceritanya masih tidak tulis..." kata suara itu yang dibisikkan secara telepati.
11.Apa lagi kelam kabut saya...serentak dengan itu, satu lagi watak muncuk secara tiba-tiba, rupa-rupanya guru kepada Sahabat Shahpaskal iaitu Aki Awang, seorang Wali Allah yang kemudian ghaib tanpa kubur pada sekitar tahun 1980an...hanya muncul sesekali pada hari-hari istimewa di hadapan keluarga beliau dan kemudian hilang semula.
12.Aki Awang ini di alam ghaib menjadi guru kepada Puteri Saadong. Saya bagaimanapun tidak mahu mengupas lebih lanjut mengenai alam ghaib ini, yang saya faham macam alam bunian. Entah leeee....ilmu tidak tinggi, cuma jadi tukang interview sahaja.
13.Beliau memberitahu, ada beberapa kumpulan pengkaji sejarah sedang mencari pusat dan tanda-tanda sejarah di Gunung Stong dan mereka akan menjumpainya jika berniat baik.
14.Aki Awang ini menjelaskan bahawa kawasan Kuala Krai sedang ditabrak dengan rakus oleh manusia sehingga merosakkan keseimbangan dan keharmonian alam, serta merta, saya teringat dengan Gunung Stong yang menjadi tempat tinggal Puteri Saadong, nahhh...sekarang baru saya faham, kemungkinan ada sesuatu mesej yang cuba disampaikan kepada Sultan Kelantan.
15.Bukan setakat mesej...ada terlalu banyak harapan, rancangan dan kisah-kisah tentang Sultan Muhammad V serta senario pemerintahan di Tanah Melayu pada tempoh akan datang, tetapi saya tidak dapat tulis kerana maklumat tersebut, hanya untuk tatapan kami sahaja dan saya dilarang mendedahkannya.
16.Beliau memberitahu, rakyat negeri Kelantan, termasuk sekelian makhluk yang nyata dan ghaib berdoa dan memohon Allah merahmati Sultan Kelantan yang dijangka akan merombak struktur pemerintahan beraja di negara ini. Terlalu ramai tangan yang akan cuba menjatuhkan baginda, tetapi bantuan pasti sampai pada ketika baginda mengharungi saat-saat yang sukar.
17.Sebenarnya tidak ramai yang tahu...bahawa Sultan Muhammad V tidak mungkin menjadi Yang DiPertuan Agong jika tidak dengan campur tangan Sultan Kedah yang mendapat amanat dari Sultan Abdul Hamid (Sultan bertaraf Wali, negeri Kedah) melalui mimpi.
18.Sejak dari tahun lepas, majoriti raja-raja Melayu sudah bersetuju bahawa ada seorang raja dari negeri lain akan menjadi Agung, timbalannya pula, negeri jirannya yang sememangnya ada hubungan keluarga.
19.Tetapi dengan takdir Allah, masing-masing mendapat petunjuk, akhirnya...kesemua raja-raja ini bersepakat untuk menabalkan Sultan Muhammad V sebagai Agong. Bab ini pun saya tidak akan ulas, ia antara file secret yang saya kena simpan tentang apa yang berlaku semasa mesyuarat raja-raja.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa