Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, December 18, 2016

Faiz Subri masih perlukan undian anda....

Catat tontonan tertinggi di YouTube, gol Faiz Subri masih perlukan undian penyokong 
Astro Awani |  Disember 18, 2016 13:37 MYT
Catat tontonan tertinggi di YouTube, gol Faiz Subri masih perlukan undian penyokong
Mohd Faiz kini amat memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk mengundinya di laman web fifa.com.Foto/Bernama
JUMLAH penonton rakaman video jaringan ajaib pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri di laman YouTube, mencecah lebih 2 juta tontonan.

Ketika ini saingan untuk anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 berbaki 22 hari sahaja lagi.

Dengan pemenang akan diumumkan pada malam Anugerah Bola Sepak Fifa, 9 Januari ini, jaringan Mohd Faiz terus mendapat sokongan penyokong bola sepak dunia berdasarkan tontonan yang diterima.

BACA: 'Gol ajaib' Faiz Subri tersenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA

BACA: Mohd Faiz Subri antara tiga finalis Anugerah Puskas FIFA

Biarpun mencatat tontonan tertinggi jauh meninggalkan dua pencabar utama iaitu Marlone dari Brazil dan pemain bola sepak wanita dari Venezuela, Daniuska Rodriguez, ia bagaimanapun bukan jaminan gol jaringan Mohd Faiz itu akan menang.

Ini kerana, pemenang akan dikira melalui jumlah undian yang diterima di laman web fifa.com.

Apatah lagi, beberapa laporan portal dan blog bola sepak menyebut ada kemungkinan Marlone dan Rodriguez akan menerima sokongan tidak berbelah bahagi pengundi dari Amerika Selatan.

Justeru, Mohd Faiz kini amat memerlukan sokongan rakyat Malaysia, di samping mengharapkan peminat bola sepak Asia akan turut mengundinya.

BACA: Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa

BACA: FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich


Mohd Faiz, 29 tahun, muncul pemain Asia pertama dicalonkan dalam senarai tiga jaringan terakhir selepas mengenepikan pemain terbaik dunia Lionel Messi dan Neymar.
Anugerah Puskas FIFA dinamakan sempena penyerang legenda Hungary, Perenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama Real Madrid di antara tahun 1959 hingga 1966.

Peminat masih boleh membuat undian di pautan di sini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa