Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 19, 2016

Rangkuman hari ini: 5 berita jadi tumpuan

Astro Awani |  Disember 18, 2016 22:45 MYT
Rangkuman hari ini: 5 berita jadi tumpuan
'Biskut berasap': Bukan satu tetapi sudah lima aduan, gangguan air mulai esok dan kes Zika kelapan - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR'Biskut berasap': Bukan satu tetapi sudah 5 aduan

Persatuan Pengguna Negeri Kedah (CAKE) mengesahkan telah menerima lima aduan daripada orang awam yang mengalami kecederaan selepas memakan 'biskut berasap' atau biskut 'Dragon Breath'.

Terbaru, seorang remaja lelaki berusia yang berusia 15 tahun melecur tapak tangan dan mengalami kesakitan di bahagian tekak gara-gara biskut tersebut.

Menurut CAKE, kajian mereka menunjukkan biskut itu mengandungi gas nitrogen.

Gangguan air mulai esok

Gangguan bekalan air bermula esok (19 Disember) sehingga 24 Disember dijangka menimbulkan kesulitan besar kepada hampir 4 juta pengguna di Lembah Klang, terutama menjelang sambutan Hari Krismas.

Ia dilakukan susulan kerja-kerja penyenggaraan TNB di Pencawang Bukit Badong, Hulu Selangor.

TNB hanya lakukan penyelenggaraan 16 jam, bukan 4 hari

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam sidang media khasnya pada petang Ahad pula mempertahankan keperluan menjalankan kerja penyelenggaraan henti tugas PMU Bukit Badong dilakukan esok dan ia dijangka mengambil masa selama 16 jam selepas ditangguhkan pada 27 September lalu.

Pada masa yang sama, TNB menyeru Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ( Air Selangor) menaik taraf menaik taraf janakuasa kedua mereka bagi menggelakkan gangguan bekalan air seperti yang akan berlaku bermula esok.

Kes Zika ke-8

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seorang lelaki di Petaling Jaya, Selangor disahkan dijangkiti Zika pada 14 Disember lalu.

Sekali gus menjadikannya kes kelapan di negara ini.
Dalam satu kenyataan media, beliau memaklumkan warga emas 67 tahun itu mengalami gejala demam, loya dan cirit-birit pada 28 November lalu dan mendapatkan rawatan pertama tiga hari kemudian di Klinik Kesihatan Tangling, Kuala Lumpur.

Sijil Balak Kelantan, Johor ditarik balik

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menarik balik Sijil Skim Pensijilan Kayu Balak Malaysia (MTCC) kerana melanggar beberapa syarat yang ditetapkan.

Antaranya, pelanggaran syarat penebangan dan tidak mematuhi kod kawasan penebangan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa