Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 14, 2016

PAS nak kalahkan UMNO: Korang tak tergelak ke?

Jangan ganggu usaha kalahkan UMNO, kata PAS Perak kepada PH

 | May 13, 2016
Malah kalau pun PH bertanding, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak perlu meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kerana ia hanya akan ‘mengganggu’ usaha menewaskan UMNO, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Malah kalau pun PH bertanding, katanya lagi, mereka tidak akan menang dan malah tidak akan mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAS, katanya lagi.
“Kehadiran mereka hanya memecahkan undi pembangkang dan memberi kelebihan kepada UMNO.
“PAS tidak ada persetujuan dengan PH, tetapi jika mereka fikirkan matlamat utama iaitu menewaskan UMNO, seharusnya mereka memberi laluan kepada kita,” katanya ketika dihubungi FMT.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membuat gesaan sama pada hari ini.
Pengarah Strategi AMANAH, Khalid Samad pula membayangkan Pakatan Harapan akan meletakkan calon di kedua-dua kerusi Parlimen, namun menyambut baik cadangan agar perbincangan dibuat bersama-sama PAS bagi menjamin satu lawan satu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini mengumumkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, berikutan kematian ahli Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sarawak minggu lalu.
Pada pilihanraya Umum yang lalu, Wan Mohammad Khairil menewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding di bawah tiket bebas dengan majoriti 1,082 undi.
Menurut Razman, peluang PAS untuk merampas Kuala Kangsar pada PRK ini lebih cerah memandangkan perpecahan dalaman Umno di sana yang menurutnya telah berlaku sejak sekian lama.
“Sebelum ini, Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas sehingga dipecat Umno.
“Tambahan pula Kuala Kangsar juga tempat Rafidah Aziz dan masih ramai penyokong. Beliau kini dilihat sebagai ‘kem’ pro-Mahathir, ini mencerahkan lagi peluang PAS,” katanya lagi.
Bekas Ketua Wanita UMNO itu menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lima penggal, bermula tahun 1986 sebelum mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusinya pada PRU yang lalu.

9 comments:

  1. aku tak setuju... mulut ade bau... PAS join le PH..sejak bila PAS gila kuasa dan pangkat ni... bukan kamu tak nak menang ke... PH letak calon..aku akan undi PH...

    ReplyDelete
  2. PAS dah syirik... tok guru hangpa tak ajar ke bahawa Allah sahaja yang menentukan seseorang itu menang dan kalah, janji kita sebagai orang Islam berusaha.

    Barang kali tok guru mereka dah koyak bab tu dalam kitab dan dalam kepala dia... supaya mereka tak nampak sangat melakukan syirik.

    ReplyDelete
  3. Tak paham ngan parti lebai ni.ketua lebai kata masuk piliharaya bukan untuk menang..lebai2 Pula sibok nk menang.

    ReplyDelete
  4. Kah kah kah...maaf kawe gelak. PH bagi laluan kpd Pas? Pas janji yakin menang? Selepas hancurkan jemaah dgn peristiwa cai untuk selamatkan preseden itu, dengan pelbagai tazkirah memburukkan rakan seperjuangan puluhan tahun. Bolehkan teras kepercayaan dipahat di siku dan lutut cai? Jangan lupa jika PH memberi laluan kpd Pas shj untuk bertanding...bererti PH terus menerus merosakkan kebolehpercayaan rakyat selepas p/raya Sarawak.

    ReplyDelete
  5. Wahai Pak Lebai! Nak masok Parlimen buat apa? Angkat plakad Mana 2.6 Billion? MALASS?! Datang Parlimen bawa RUU Hudod 355 PONTENGG?! Undi Tolak GST Tolak Belanjawan Jibby BERKECUALI?! Bahas pasal kewangan asing Pak Lebai sibok merepek Pendatang Asing?! Pergi wakil negara ke German bantai duduk bilik LAYAN BLUE??! Apa pasal Pak Lebai kemaruk sangat nak bertanding kenduri tahlil pon tak habis lagi? Pak Lebai tamak dan angkuh! Pak Lebai baik jaga Kelantan sambil membalak dan musnahkan alam sekitar...tak kena hudod dowhh! Kahkahkah!

    ReplyDelete
  6. SEMPENA PRK2 KALI NI. SLOGAN YANG SUAI UTK PAS:

    "PAS PI BALIK JAGA KELANTAN"

    ReplyDelete
  7. SEMPENA PRK2 KALI NI. SLOGAN YANG SUAI UTK PAS:

    "PAS PI BALIK JAGA KELANTAN"

    ReplyDelete
  8. pelik sungguh puak puak lebai ni...pemimpin atas cakap tak mau kuasa..pemimpin bawah sikit nak kuasa..
    hangpa pening ke?
    nak lawan umno tp tak nak usik umno.,
    tak nak usik...baik la duk sekali ngan umno. tak pun tak yah masuk bertanding..bagi je pada amanah yg nak kuasa...
    hangpa ada kuasa pun bukan teti nak guna..macam kat ganu...
    semenjak ketiadaan aruah TGNA.Hangpa cukup sayang kat umno..mmmm

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa