Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 21, 2016

Ucap syukur kepada Allah, sinis kepada kerajaan negeri.....

Hujan rahmat Allah, terima kasih Afjet atas usaha pembenihan awan
21 Mei 2016 | HAZMI HASSAN
Hujan di Kota Bharu

Pemuda Amanah Kelantan merakamkan setinggi kesyukuran kepada Allah atas rahmat hujan yang kembali menyirami bumi Kelantan. Seluruh rakyat Kelantan juga pasti merakamkan kesyukuran tidak terhingga kepada Ilahi kerana masih merahmati tanah bertuah ini.

Dalam kegembiraan menyambut rahmat hujan ini marilah kita sama-sama istiqamah bermunajat (istisqa’) kepada Allah memohon agar hujan rahmat ini berterusan membasahi dan menyuburkan bumi Kelantan. Hujan rahmat menyuburkan kembali bumi serta menyelamatkan kita dari krisis air.

“Apakah kamu tidak memperhatikan , bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air dibumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya..(Surah Az-Zumar:21)

Pemuda Amanah dan seluruh rakyat Kelantan juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang melakukan inisiatif pembenihan awan khususnya kepada Syarikat Afjet Sdn Bhd serta badan kerajaan lain. Dengan kehendak-Nya usaha tersebut kelihatan berjaya.

Cuaca panas yang melanda negeri ini memberi peringatan dan ujian kepada kita. Sebagai individu wajar kita sama-sama bermuhasabah, mengambil pengajaran disebalik peristiwa ini seterusnya kembali mentaati-Nya dalam segenap aspek hidup termasuk menanam nilai mencintai alam.

Manakala, pihak kerajaan selaku yang berkuasa wajar bermuhasabah agar tegas melindungi khazanah alam, hutan, flora dan fauna supaya ekosistem (sunnatullah) kita kembali seimbang.

Hazmi Hassan adalah Ketua Pemuda Amanah Kelantan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa