Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, May 23, 2016

Kanak-Kanak tiga tahun cedera dikelar bapa

Kanak-Kanak Perempuan Tiga Tahun Cedera Dikelar Bapa Kandung
Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 10:18 AM

JITRA: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera selepas dipercayai dikelar bapa kandungnya di Kampung Tengah Kodiang di sini petang Sabtu, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Pemangku ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, suspek berumur 29 tahun itu turut cedera selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam dadanya.

Katanya, suspek terbabit yang dipercayai mempunyai masalah mental telah ditahan.

Suspek dan mangsa kini dirawat di Hospital Kangar. Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.

"Ketika kejadian, isteri suspek bersama nenek mangsa berada di luar rumah, dan suspek baru sampai di rumah. Kemudian suspek terus ambil mangsa dan kunci pintu rumah menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam.

"Nenek mangsa kemudian terdengar cucunya menjerit dan selepas itu suspek membuka pintu dan beliau nampak mangsa dan suspek berlumuran darah," kata Abdul Rahim dalam satu kenyataan. 

"Kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Kodiang, sebelum polis menahan suspek yang terbaring di ruang tamu dengan kecederaan di dada kirinya dan merampas pisau dapur yang digunakan dalam kejadian itu di dalam bilik tidur," katanya.

Abdul Rahim berkata, isteri suspek memaklumkan suaminya sudah seminggu mengalami kemurungan serta mempunyai rekod sakit mental. - sumber

# napelaa orang yang sakit mental dibenarkan bebas bersama kanak-kanak?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa