Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 24, 2016

Ape ker jadahnya nak buat kira dengan PAS?

Mesyuarat Majlis Presiden tangguh kerana PAS?
Kenapa pula kerja PH tertangguh kerana PAS?
Dah tahu dah hadi bukanya boleh dibuat berkira.......selalu konar dan kata-katanya sentiasa terbalik-kuang pada perlaksanaannya

Biarkan Azmin saja bincang dan buat kira dengan PAS
Kalau PAS berkeras nak tanding, gasaklah.......PAS bukannya komposisi PH
Pasal apa pula PH harus beri muka pada PAS dan hadi?

Pas punca mesyuarat Majlis Presiden tangguh
NIZAM ZAIN - 24 MEI 2016
KUALA LUMPUR - Pas didakwa menjadi punca mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ditangguhkan buat kali kedua selepas gagal memberi maklum balas bagi membincangkan isu PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, maklum balas itu penting memandangkan sebelum ini Pas sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu.

“Kita masih menunggu respons daripada Pas. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini. Memandangkan Pas bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini.  

“Isu itu menjadi asas dalam rundingan kita, mencari bagaimana untuk selesaikan isu itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dijadualkan diadakan semalam, bagi membincangkan parti dan calon mereka di dua PRK itu, ditangguhkan sebanyak dua kali selepas ditunda pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, tarikh baharu mesyuarat itu masih belum dimuktamadkan sehingga satu keputusan diambil sama ada mahu melibatkan Pas atau sebaliknya.

Kelmarin, Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa tidak menerima sebarang pengesahan rasmi berkaitan mesyuarat tersebut.

Sebelum ini juga, Amanah berhasrat meletakkan calonnya untuk bersaing dengan Pas, khususnya di Parlimen Sungai Besar kerana parti Islam itu bukan lagi sekutu pakatan pembangkang itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada minggu lalu mengulangi pendiriannya bahawa parti Islam itu akan meletakkan calonnya di dua kerusi Parlimen berkenaan yang akan berlangsung 18 Jun ini.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan dua penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

3 comments:

  1. Bodoh politik ker aper!!!! Nie bru 2 kerusi parlimen dlm PRK shj..PRU14 ade 222 kerusi parlimen camner!!!! Bole pegi mampus la nie...sape nak bela rakyat dr penindasan NAJIB Umno Mic Mca -BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin kembang la pak2 lebai tu...

      Delete
  2. Bersedialah pembangkabg skan tetus kalah, anda tiada wibawa...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa