Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 25, 2016

Betul tiada keperluan berbincang antara PAS-PH, cuma kajian ini dari alam ghaib mana pulak?

PAS ada peluang menang jika tiga penjuru - Zuhdi
pada 24-05-2016 06:05 
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Kajian dilakukan Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mendapati pertandingan tiga penjuru di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan memberikan kelebihan kepada PAS, kata pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

"Menurut simulasi yang PPP buat, pertandingan tiga penjuru lebih membuka peluang kepada PAS untuk menang," katanya kepada Antarapos. 

Beliau merujuk kepada pertandingan di antara Barisan Nasional (BN), PAS dan Pakatan Harapan (PH) di kedua-dua kerusi Parlimen berkenaan. 

PAS, ujarnya, tidak akan membuat pusingan-U atau memberi muka kepada Pakatan Harapan sebagaimana yang sudah dinyatakan oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS bukan komponen PH, jadi tiada keperluan untuk berbincang dengan PH, apalagi tunduk kepada desakan PH," ujarnya.

PKR pada ketika ini berkata akan meneruskan rundingan dengan parti-parti pembangkang termasuk PAS dan PAN, memandangkan parti serpihan itu juga berhasrat untuk meletakkan calon mereka.  

Setakat ini Pakatan Harapan masih belum memuktamadkan calon untuk kedua-dua kerusi berkenaan.

PAS sehingga kini konsisten dengan pendirian untuk mempertahankan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar memandangkan kedua-duanya adalah kerusi tradisi yang ditandingi pada pilihan raya umum lalu.

Malah PAS pada malam esok akan mengadakan ceramah perdana 'Road to PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar - Beristiqamah hingga Kemenangan' yang sekali gus memperlihatkan tekad parti itu untuk terus mempertahankan kedua-dua kerusi walaupun menerima asakan Pakatan Harapan agar berkompromi.

# haa........nampak sangat PAS @ Zuhdi nak berikan kemenangan mudah pada BN dengan mengundang pertembungan 3 atau 4 penjuru.........satu teka teki yang gampang!

5 comments:

  1. Dr zuhdi memang pn dr pas n dia dh ckp tiada keperluan berunding...masalahnya azmin pkr x reti bahasa....

    ReplyDelete
  2. Dr zuhdi tu memng la dr pas...tp yg peliknya azmin ali dr pkr terhegeh2 x reti bahasa...lingkup mcm ni pkr

    ReplyDelete
  3. Dr zuhdi tu memng la dr pas...tp yg peliknya azmin ali dr pkr terhegeh2 x reti bahasa...lingkup mcm ni pkr

    ReplyDelete
  4. Betul ke itu kajian? Betul ke simulasi? Atau auta dari tengkorak kau saja untuk temberang si hadi?

    ReplyDelete
  5. Betul ke itu kajian? Betul ke simulasi? Atau auta dari tengkorak kau saja untuk temberang si hadi?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa