Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 24, 2016

Haru...haruu! Apa nak jadi pulak dengan PKR ni?

Silap-silap PKR juga akan hanyut.......jadi pilihannya ada Amanah dan DAP!
UMNO dan PAS akan bertepuk tangan.........jarum mereka sudah berjaya menusuk
Dan.........Anwar akan kering dalam penjara!

Untung nasib Rafizi dalam PKR ditentukan malam ini
Posted on Tuesday, May 24 @ 14:58:00 MYT by paktam
Oleh Kow Gah Chie
Semua mata akan tertumpu kepada susuk tubuh Rafizi Ramli berhubung kedudukan beliau selaku setiausaha agung PKR, ketika pucuk pimpinan parti itu akan duduk semeja dalam mesyuarat biro politiknya malam ini.

Suhu mesyuarat tersebut dijangka lebih 'panas' daripada kebiasaannya di tengah-tengah kemelut dan perselisihan antara pimpinan utama parti itu.

Ini berikutan tindakan Rafizi yang mahu menyerahkan bukti dakwaan habuan wang dan perempuan ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat itu.

Rafizi dikatakan masih mahu menyerahkan bukti itu walaupun Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor telah mengatakan tiada keperluan untuk menyiasat perkara itu.

Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak tahu-menahu jika biro politik akan membincangkan kedudukan beliau pada malam ini.

"Namun, sesiapa jua adalah bebas untuk membawa apa isu sekalipun," katanya dalam mesej teks.

Baru-baru ini, Rafizi mengesahkan beliau menulis mesej yang dihantar kepada perbualan kumpulan tertutup menggunakan aplikasi komunikasi WhatsApp berhubung dakwaan habuan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama, beliau juga mengakui didatangi oleh beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku.

"Mereka minta saya siasat dengan lebih lanjut atas tuduhan yang khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum.

"Tuduhan itu bukan individu yang menjawat kerusi wakil rakyat (baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara) atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah Kerajaan Selangor," jelas beliau.

Antara yang disebut-sebut untuk mengambil alih jawatan Rafizi itu ialah ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar.

"Saya tidak sedar kewujudan khabar angin itu, saya baru pulang dari persidangan di Indonesia," jelas Kamaruddin ketika ditemui di lobi Parlimen.

Apabila ditanya apakah beliau akan menerima jawatan baru itu, Kamaruddin sekadar berkata, " Tidak, saya tidak rasa perkara ini berbangkit sekarang."

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar mengesahkan keputusan terletak atas budi bicara presiden parti.

Pemimpin parti boleh berbincang atau mencadangkan sama ada Rafizi dikekalkan atau diundurkan namun presiden mempunyai kuasa prerogatif untuk menentukannya.

"Setiausaha agung dilantik oleh presiden, pimpinan boleh memberi pandangan mereka( mengenai kedudukan Rafizi), yang pasti keputusan akhir di tangan presiden," ujar beliau.

1 comment:

  1. Nampak gaya cartel azmin menguasai pkr...c mustahil pkr hancur.....azmin ni patutnya dipecat....cara dan ketokohanya sebijik cam umno...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa