Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 23, 2016

Aku dah kata.......Anwar masih hidup, tanya saja Anwar

Anwar mengaku tulis surat

  | May 23, 2016
Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku menulis surat itu ketika berada di dalam mahkamah ditujukan kepada pemimpin PKR.
anwar-ibrahimPUTRAJAYA: Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimpin PKR mengenai kezaliman lalu dalam suratnya kepada kepimpinan parti yang terbocor kepada umum minggu lalu.
“Ya, saya tulis surat itu (di mahkamah),” akuinya.
“Ia sebenarnya untuk (ahli) kepimpinan. Tetapi memandangkan ia sudah tersebar luas, saya harap semua ahli membacanya,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Mahkamah Persekutuan sejurus sebelum diiring keluar.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat lapan muka surat yang ditulisnya kepada kepimpinan PKR tetapi kemudian terbocor kepada umum.
Dalam surat itu, Anwar menggesa pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyertaan pemimpin parti daripada kedua-dua bahagian politik dalam mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat.
Tanpa mengulas panjang, Anwar juga bersetuju dalam suratnya, bahawa tiga wakil rakyat PKR iaitu Rafizi Ramli, Datuk Seri Azmin Ali dan tian Chua, yang menandatangani Deklarasi Rakyat, boleh meneruskan tindakan itu dan “mengekalkan hubungan kerja” dengan Mahathir tanpa melupakan ada banyak isu lain yang menjejaskan rakyat.
“Jangan ikut agenda dia dan lupakan (agenda) rakyat.
“Bagaimana dengan harga barangan, kebajikan, pendidikan dan IPP (loji jana kuasa bebas)?,” katanya.
Anwar juga menasihatkan pemimpin PKR supaya jangan “ikut sistem kroni, rasuah dan kezaliman lalu”.
“Ini ialah pesanan saya kepada mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa