Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 27, 2016

Kerajaan bertegas Good Star milik PetroSaudi

mk  -  26 Mei 2016, 12:10 tengahari
Kerajaan terus menegaskan bahawa Good Star Limited, firma yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik PetroSaudi International.

Ini di sebalik pendedahan oleh anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua bahawa Bank Negara mendapati Good Star dimiliki oleh individu yang tidak berkaitan dengan PetroSaudi.

"Berdasarkan rekod syarikat 1MDB, Good Star Limited adalah dimiliki oleh kumpulan PetroSaudi pada masa pembayaran dana tersebut dibuat oleh 1MDB.

"Semua pembayaran dana yang dibuat oleh 1MDB adalah untuk memperoleh kepentingan sebanyak 40 peratus dalam syarikat usahasama.

“Dana tersebut juga telah diakui diterima oleh kumpulan PetroSaudi berdasarkan perjanjian-perjanjian yang dimeterai pada masa pembayaran tersebut dibuat," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di parlimen semalam.

Ia berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Pua yang ingin tahu pemilik sebenar syarikat Good Star Limited yang menerima bayaran AS1.03 bilion daripada 1MDB.

Dalam soalannya, Pua merujuk kepada kenyataan Bank Negara kepada PAC bahawa nama Good Star tidak dimasukkan dalam laporan mengenai 1MDB.

Kenyataan bank pusat itu berbunyi: "Bank Negara Malaysia telah dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu yang Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan Kumpulan PetroSaudi."

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bagaimanapun berkata bahawa garis itu dipadamkan daripada laporan PAC kerana ia adalah sulit.

Good Star Limited telah dikaitkan dengan hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang menafikan beliau adalah sebahagian daripada syarikat itu.

# Tapi bagaimana pula dengan laporan ini: RM1.18 bilion masuk akaun syarikat dikuasai Jho Low

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa