Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 29, 2016

Masih tak terasa dan tak malukah PKR?

Memang dia ni kaki gaduh ke?
Dia ingat dia saja yang serik, orang lain yang dah terkena bagaimana?
Cerita pilihanraya sebelum ini, yang bertindih calon di beberapa kawasan DUN dan Parlimen tu angkara siapa?
Sehinggakan Bukit Besi dan Damansara difitnah!

Saya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas
29 Mei 2016 | BORHAN AHMAD
Hubungan Azmin dengan Abdul Hadi baik namun kini bermasalah menjelang PRK Sungai Besar Kuala Kangsar.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.

Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.

“Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.

“Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding).

“Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sahaja, kawasan lain pun begitu juga,”katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net.

Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3.

Kenyataan Abdul Hadi dipercayai kerana kesal dengan sikap PKR yang cuba merebut kawasan pilihan raya Sungai Besar untuk bertanding juga.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali mengaku beliau sedia terus berunding dengan Pas walaupun sudah beberapa kali gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga kini mesyuarat Majlis Pakatan Harapan sudah tiga kali ditangguhkan dan antara puncanya perundingan dengan Pas masih belum dimuktamadkan.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu, Abdul Hadi telah membuat keputusan untuk meletakkan calon Pas di sekurang-kurangnya lima kerusi PKR walaupun kerusi itu telah diputuskan akan ditandingi oleh PKR dalam perundingan Pakatan Rakyat.

Ia termasuk tiga Dun di Terengganu dan Dun Kota Damansara di Selangor serta Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang.

Alasan calon PKR menjadi agen pil kuda di Terengganu telah menyebabkan Abdul Hadi di saman oleh bekas calon PKR Bukit Besi, Terengganu.

Namun mahkamah telah menolak saman itu kerana Abdul Hadi tidak pernah menyebut secara jelas siapakah yang dimaksudkan oleh beliau walaupun ada unsur fitnah di situ.

Terkini, sikap ahli parlimen Marang ini selari dengan sikap Pas Terengganu dalam hubungan mereka dengan PKR.

Timbalan Pesurujaya Pas Terengganu, Yahaya Ali berkata, Pas patut bertanding di kerusi Dun Bandar, satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Terengganu sekarang. Ia dimenangi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam pilihan raya umum lalu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri juga berkata, Pas akan bertanding kesemua 32 Dun di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang atau pilihan raya negeri jika diadakan.

Kenyataan ini dibuat ketika Pas mempunyai tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR.

2 comments:

  1. Elok lah Pas tahaluf siasi dgn BN pulak.......molek benor tu! Sama aqidah kan!

    ReplyDelete
  2. macam biasa...salah orang semua nampak...salah sendiri sapu bawah karpet...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa