Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 21, 2016

Azmin kata Hadi tak tahu perkembangan parti dan Nik Abduh mengamuk!

Hadi tak tahu perkembangan parti sendiri, kata Azmin
20 Mei 2016 | MALAYSIA DATELINE 
Azmin dan Abdul Hadi di majlis rasmi Pas

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali "bersimpati" dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.

Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.

"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, lapor Malaysiakini.com.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas penafian Abdul Hadi berhubung pertemuan beliau dengan pemimpin parti itu.

Hadi beberapa hari lalu memaklumkan Azmin tidak pernah mengadakan perbincangan dengannya berkenaan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.

Mengulas lanjut, anggota parlimen Gombak itu mengakui telah bertemu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Azmin berkata melalui pertemuan itu beliau percaya pimpinan kanan Pas itu akan memaklumkan maklumat perbincangan berkenaan kepada Hadi.

"Saya telah bertemu dua kali dengan pimpinan tinggi Pas. Semalam saya ada perjumpaan dengan pemimpin tertinggi Amanah. Ia berjalan dengan baik dan positif. Saya juga telah berbincang dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) politik utama negara.

"Saya juga bertemu dengan ketua menteri Pulau Pinang dan perbincangan cukup positif.

"Jadi, saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada presiden," kata Azmin.

Bagaimanapun, Adun Bukit Antarabangsa itu berkata beliau tidak dapat memuktamadkan keputusan berkenaan.

Pemuda PAS terkilan kenyataan Azmin

  | May 20, 2016
Sebagai pemimpin politik, Azmin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Presiden PAS lebih mengetahui permasalahan yang berlaku dalam parti.
Nik-Mohamad-Abduh_azmin-ali_hadi-awang_pas_600
PETALING JAYA: Pemuda PAS terkilan apabila pemimpin kanan parti politik melabel Presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.
Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata demikian dipercayai ditujukan kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali seperti yang dilaporkan media awal pagi tadi.
“Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata, ulama tu tak tahu apa pasal agamanya,” katanya.
Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal berita, Azmin dipetik sebagai berkata, beliau “bersimpati” dengan Abdul Hadi yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.
Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.
“Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti,” katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin ketika dihubungi FMT berkata, kenyataan Azmin itu sengaja diputar belit untuk mencetuskan perpecahan antara PAS dan PKR.
Katanya, Azmin sebelum ini pernah difitnah kononnya mengeluarkan arahan untuk menyirkirkan tiga EXCO PAS Selangor sekiranya parti parti Islam itu tidak bersetuju untuk menyerahkan kerusi Sungai Besar kepada PKR dalam PRK nanti.
“(Kenyataan Azmin kepada Hadi itu) diputar belit (perkara ini ada asasnya kerana) kenyataan fitnah sebelum ini yang mengatakan Azmin nak singkirkan EXCO PAS Selangor,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi FMT pula berkata, kenyataan yang dikeluarkan Azmin itu lebih kepada salah faham beliau terhadap Abdul Hadi.
“Mungkin Azmin Ali salah faham kepada presiden,” katanya ringkas.

1 comment:

  1. Jahanam seseorang pemimpin bila orang di sekelilingnya tidak berkata benar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa