Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 26, 2016

Surat Pemecatan: Husam menanti dengan penuh debar atau sekadar menanti........

Samada Dato' Husam menantikan surat pemecatannya dengan penuh debar atau sekadar menantinya sebagai kegunaan asas untuk menjawab persoalan hanya beliau yg tahu. Namun sebagai seorang yg cintakan islam dan keadilan ada beberapa persoalan yg bermain di minda ini  perlu dikongsikan. Perkongsian ini memungkinkan akan adanya maklumat baru yg membolehkan di ROBA segala pertanyaan diminda ini.:-

1. Apakah tindakkan PAS yg melunturkan semangat dan kaedah Islam dalam mengadili pemecatan HUSAM membolehkan KITA SEMUA menjadikannya sebagai  precedence kes dimasa hadapan bahawa inilah cara ISLAM menyelesaikan masalah tanpa memberi HAK keadilan kepada yg dituduh menjelaskan tuduhan yg dikenakan terhadap beliau, Jika adil,kenapa surat memohon penanguhan dan diminta Pengerusi Tatatertib PAS yg dilihat telah tidak adil oleh org kena tuduh mengecualikan dirinya dari mengadili kes  tidak dijawab secara rasmi?

2. Apakah tindakkan yg boleh dianggap DRASTIK ini menyembunyikan sesuatu sebab utama kenapa HUSAM perlu di PECAT segera disaat MB telah diminta menyambung cuti sakitnya? Apa yg sebenarnya tersembunyi?

3. Membaca tuduhan yg dikemukakan terhadap Husam sehingga perlunya beliau dipecat dirasakan terlalu menampakkan tidak matangnya PAS menghasilkan tuduhan. Lebih elok Cikgu Disiplin menghantar laporan kepada PPD alasan seseorang murid perlu digantung persekolahannya,lebih lengkap!

4. Berdasarkan peruntukkan yg ada dan berdasarkan segala jasa dan perkhidmatan yg diberi,apakah mengantungkan HUSAM dari keahlian tidak cukup sebagai hukuman berbanding dengan membuang keahliannya? Mahkamah konversional pun mengambil kira latar belakang Orang Kena Tuduh sebelum HAKIM mengambil keputusan mengenakan hukuman.

Apakah tidak ada HATI MANUSIA yg menilai dan memikirkan jasanya kepada PAS dan Kelantan khasnya? Apakah kerana MARAH atau kerana perlembagaan PAS yg memelukan Husam dibuang keahliannya atau kerana TAKUT BAYANG-BAYANG HUSAM mengejar seseorang yg berkeinginan kedudukkan kerusi MB yg kini berada diambang wati?

5. What is the final say of Tuanku Sultan Kelantan tentang kedudukan Dato' Mat Yaakob sebagai MB berdasarkan prestasi kesihatannya? Apakah ada NAMA HUSAM di sebut didalam perbualan  DiRaja? Apakah mungkin kerana SEBUTAN ini yg menyebabkan sekumpulan pemain politik Kelantan telah mengelabahkan sekumpulan BIAWAK HIDUP?

 Kuasa Tuanku milik Mutlak Tuanku.........!!!!!!

Ada atau tidak perbualan DIRAJA berlaku tidak dapat disahkan namun kegelabahan pemecatan HUSAM sehingga NAMANYA yg sebenar pun tidak ditulis dengan  betul diatas surat pemecatan menjadikan soalan yang  menjurus kepada sesuatu yg BESAR TELAH DISOROKKAN dari pengetahuan umum sepertimana kedudukkan sebenar kesihatan  MB yang menjadi pertanyaan umum.

Akhirnya, Sahutan sokongan oleh Dewan Ulamak PAS Kelantan melalui ketuanya seolah-olah mengambarkan betapa gembiranya Dewan ini apabila seorang teman seperjuangan dibuang keahliannya umpama anak kecil bergembira dan berpesta bunga api dimalan Tujuh Likur!
Agak Abnormal bagi mereka yang menyandang prinsip ISLAM DIDALAM DADANYA berbuat perlakuan sebegini. Apa perlunya dewan Ulamak Kelantan menyiram air garam diluka yg telah TERBUA luasnya?

Apa pun scenario dan kejadian sebenar tetap akan muncul dipermukaan. Hanya masa dan keadaan pada ketika ini menyembunyikannya!

WAIT N C EPISOD SETERUSNYA!

ALLAH MAHA BERKUASA

Nyamuk Menggigit.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa