Anonymous 27 May 2016 at 16:44
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam.
Mengulas bantahan pari itu ke atas usahanya membentangkan pindaan rang undang-undang persendirian bagi merintis laluan kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, katanya, DAP langsung tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.
Katanya, tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.
"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.
"Saya turut kesal dengan Parti Amanah Negara yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya yang dipetik Bernama di Marang, Terengganu.
Semalam Hadi membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat dengan tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, beliau i mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baharu.
Dengan pindaan itu, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.
Bagaimanapun, sebelum ia dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik.
Katanya, ini bukan kali pertama usul itu dibentang kerana beliau pernah membawanya ke Parlimen sebelum ini.
"Kalau ini satu gimik politik sudah tentu ia akan menakutkan PAS sebab mungkin akan kehilangan undi orang bukan Islam.
"Tetapi ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya sebab ia pernah dibawa ke Parlimen pada tahun 1995 dan seingat saya titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah menyatakan perlunya peranan Mahkamah Syariah dimartabatkan," jelasnya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam reaksi awalnya, semalam berkata BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.
"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS," katanya.
Beliau seterusnya menggesa rakan-rakan BN - MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak - untuk menyatakan pendirian dan mencabar mereka meninggalkan BN.
Hari ini, seorang exco kerajaan negeri Kedah dari MCA, Leong Yong Kong bertindak keluar dari parti itu kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan mengutamakan rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS bagi membuka laluan kepada hudud.
Beliau berkata MCA gagal mendapat rasa hormat Umno dan gagal mempertahankan perlembagaan.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dilaporkan menyerang Umno secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen.
Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, beliau menuduh Umno bersekongkol dengan PAS dan mengkhianati semangat BN.
Reply
Replies
Anonymous27 May 2016 at 17:18
Sila buka blog anda sendiri wahai pengkhianat bangsa!
Anonymous27 May 2016 at 17:31
Hadi oh Hadi kenapa engkau kodi!
Macam mana aku tak kodi ramai orang tak mau aku lagi
- sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa