Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 25, 2016

Sibodoh yang tak tahu dirinya bodoh?

MB BASHAH YANG TAK GHETI DITUDUH ANAK MUDA YANG TAK FAHAM.

1.Genap 100 hari Bashah menjadi MB sangat menyedih dan memilukan apabila beliau masih menyalahkan yang anak muda kononnya tak faham tentang perubahan politik yang berlaku diKedah. MB Bashah cuba meletakkan yang anak muda masih memandang serong dan marah kepadanya ekoran krisis pertukaran MB Kedah kerana tak faham keperluan perubahan politik.

2.Kepada Bashah jangan cuba menyalahkan anak muda dan meletakan anak muda tak faham apa yang berlaku dalam krisis politik Kedah yang membawa kepada pertukaran MB dari Mukhriz kepada Bashah. Jangan anggap anak muda Kedah bangang dan tak berpelajaran sehingga tak tahu apa yang berlaku dan tak faham Politik.

3.Anak muda Kedah mahukan perubahan politik yang telus bukannya perubahan kerana percaturan jahat untuk memenuhi impian Putrajaya yang berdepan dengan krisis politik akibat *SKANDAL NEGARA DAN SENDIKET PENIPUAN 1 MDB*. Bashah hanya jadi MB untuk kepentingan politik Najib dan Umno bukan untuk kepentinga Rakyat Kedah. Alasan penyingkiran Mukhriz kononnya beliau tak buat sesuatu untuk Umno Kedah.Mukhriz di tuduh tak jaga Umno. Anak muda tak nak MB yang yang jaga kepentingan politik Najib dan Umno yang dah busuk sampai ke usus, tapi anak muda nak MB yang jaga negeri dan rakyat.

4.Anak muda melihat yang patut disingkir ialah Najib dari jawatan PM Malaysia bukannya Mukhriz sebagai MB Kedah. Anak muda melihat kesalahan Najib yang membawa mudharat besar pada negara dan rakyat bukanya Mukhriz. Bashah jangan salahkan anak muda dengan menuduh mereka tak faham. Bashah Jangan merendahkan tahap keupayaan intelek anak muda Kedah. Bashah dan pimpinan Umno Kedah jangan menghina anak muda Kedah yang bertindak menolak kepimpinan Bashah dengan akal budi yang tinggi. Mereka tahu apa yang mereka.lakukan untuk negeri Kedah.

#UndurNajibUndurBashah
#SelamatkanMalaysia
#SelamatkanKedah.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
11.00am Airport Alor Setar
24 Mei 2016/17 Sya'ban 1437H.

2 comments:

  1. Mst B ni memang tolol.....dpt jd MB pun hasil bodek........caksp macam dia pandai......anak muda ramai yg lulus tinggi dr lu dah! Jalandah!

    ReplyDelete
  2. Bodek pun dah blh duduk kerusi mb.yg dok komen ni apa dpt.byk buruk dr baik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa