Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 22, 2016

Flip-flop Hadi, sukarkan rundingan

Sikap flip-flop Hadi, sukarkan rundingan PRK Sungai Besar - PAN
pada 22-05-2016 05:05 
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
Anuar Tahir

SHAH ALAM: Rundingan antara PKR dan PAS bersabit agihan kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sudah dijangka Parti Amanah Negara (PAN), akan menemui jalan buntu berikutan sikap dan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sering berubah-ubah.

Setiausaha PAN, Anuar Tahir berkata beliau dan rakan seperjuangannya dalam PAN mengenali peribadi Hadi, justeru mereka tidak terkejut apabila mengetahui rundingan yang dibuat Datuk Seri Azmin Ali dengan wakil PAS dinafikan Hadi sebelum ini.

"Itulah Hadi yang kami kenali, sejak kami bersama di dalam PAS sehingga kami keluar membentuk parti baru (PAN), sikap beliau selalu berubah-ubah, flip-flop.

"Kadangkala menjadikan ia sukar. Namun tidak apa, kerana PKR percaya boleh berunding lagi dengan PAS," kata Anuar kepada Antarapos, hari ini.

Hadi sebelum ini memberitahu tiada rundingan antara PAS dan PKR bersabit PRK Sungai Besar dan beliau tidak tahu apa-apa selepas ditanya lebih lanjut oleh pemberita.

Sebagai respon kepada kenyataan Hadi, Azmin kemudiannya mendedahkan beliau sudahpun membuat rundingan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali serta Setiausaha Politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Bagaimanapun pada Sabtu, Hadi mengesahkan PAS Pusat menghantar tiga individu itu untuk mengadakan rundingan dengan wakil Pakatan Harapan (PH), iaitu PKR.

Hadi juga memberitahu pemberita di Melaka bahawa pintu rundingan bersabit PRK sudah ditutup dan PAS tetap akan bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.

"Mengenali mereka (PAS)... Jadi nak berunding apa dengan PAS? Mereka akan tetap buat keputuan begitu," ujarnya.

Pakatan Harapan sebelum ini memberitahu mereka berminat untuk meletakkan calon di Sungai Besar, yang merupakan kerusi tradisi PAS.

Namun PAS sejak dari awal bertegas parti itu tetap akan bertanding dan enggan melepaskan jawatannya kepada PKR, DAP mahupun PAN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), PAS kalah majoriti tipis kepada calon Umno Barisan Nasional (BN).

1 comment:

  1. Maaf tadi semasa nak reply saya terdelete satu komen tentang nama PAN.

    sebenarnya Pan sering digunakan oleh PAS. Jadi saja saya nak timbulkan betapa ketinggalannya PAS atau tidak menghormati orang lain walau pun pada nama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa