Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 29, 2016

Tak ada kerja, cari bala

Individu hina TMJ ditahan di Selangor malam tadi
29 MEI 2016
Tunku Ismail

JOHOR BAHRU - Pihak polis menahan seorang lelaki di Selangor malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan penghinaan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 23 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tukang masak ditahan kira-kira jam 8 malam di Taman Intan, Dengkil.

"Lebih kurang jam 10.15 pagi semalam, pihak polis menerima satu laporan‎ berhubung penghantaran mesej berbentuk jelik dalam Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati Tunku Mahkota Johor.

"Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej tersebut dalam Facebook atas nama Aiden Chew," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain menahan, pihak polis turut merampas satu telefon bimbit berserta sim kad daripada lelaki tersebut.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, permohonan reman terhadap individu terbabit akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Menurutnya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan laman sosial.

"Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan oleh polis Johor untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial," katanya. - SH

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa