Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 31, 2016

Hahaa.......mana mau lari?

Polis cekup 'Minah Pendek' hina TMJ di tengah laut
mk    -   Hari ini, 6:47 petang
Walaupun Tunku Mahkota Johor meminta polis tidak menahan pengkritiknya, pasukan keselamatan hari ini bagaimanapun menangkap seorang lagi suspek menghina beliau.

Tangkapan itu dibuat di atas bot nelayan di tengah laut di Perairan Tenggara, Pulau Tioman.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmudin Mohd, suspek ditahan susulan penghantaran mesej jelik di Facebook yang bertujuan menghina dan menyakitkan hati TMJ, sultan dan rakyat Johor.

“Suspek didapati telah memuat naik penghantaran mesej pendek tersebut dalam akaun Facebook atas nama Minah Pendek. Sebanyak dua kertas siasatan dibuka,” katanya.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidaklebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelmarin meminta polis tidak menahan individu yang membuat kenyataan menghina beliau.

Tunku Ismail berkata, beliau lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara beliau dengan individu berkaitan, bagi memberi peluang mereka menyuarakan pandangan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas tangkapan penyokong pasukan bola sepak Pahang, Masyhur Abdullah atau dikenali sebagai "Keluang Man", yang didakwa menghina Tunku Ismail.

TMJ adalah pemilik pasukan bola Johor JDT.

Dalam kenyataan hari ini, Ahmad berkata, tangkapan lelaki 46 tahun itu dibuat lebih kurang jam 11 pagi ini dan akan membuat permohonan reman di Johor Bahru esok.

Polis juga, katanya, merampas dua unit telefon bimbit dan kad sim.

“Polis juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan laman sosial tanpa berfikir panjang atau bersedia menghadapi tindakan tegas pihak polis Johor.

“Polis Johor akan mengambil tindakan mengesan dan memburu pesalah-pesalah ini habis-habisan tidak kira di mana mereka berada sehingga pesalah-pesalah didakwa,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa