Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 20, 2016

Apa dah jadi ni?

"Saya Tulis Mesej WhatsApp Itu" - Rafizi
Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 3:17 PM
Rafizi Ramli

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan bahawa beliau telah menulis mesej di WhatsApp mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor.

Mesej itu, yang bocor daripada kumpulan tertutup yang terdiri daripada anggota parti dan penyokong Reformasi, mengancam untuk mendedahkan dakwaan bahawa wujud permintaan wanita dan wang dalam urusan kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Rafizi mengesahkan bahawa dakwaan rasuah itu adalah tuduhan khusus kepada individu tertentu dan bukan tuduhan umum. 

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, beliau telah didatangi beberapa individu sebelum ini yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum.

"Tuduhan itu bukan terhadap individu yang menjawat kerusi wakil rakyat, baik di Dewan Negeri, Dewan Rakyat atau Dewan Negara sama ada yang masih berkhidmat atau telah bersara atau mana-mana kakitangan kerajaan di mana-mana jabatan di bawah kerajaan Selangor," katanya dalam satu kenyataan media, Jumaat.

Rafizi berkata sebagai Pengarah Eksekutif NOW (National Oversight & Whistleblowers), beliau sering menerima aduan salah laku.

Bagaimanapun katanya, hanya aduan yang melepasi keperluan bukti minimum yang ditetapkan NOW yang akan dibawa kepada rakyat.

"Oleh itu, aduan dan tuduhan yang dirujuk di dalam mesej WhatsApp saya akan melalui proses yang sama seperti aduan-aduan lain untuk melepasi keperluan bukti minimum.

"Jika tiada bukti sokongan yang adil, NOW tidak akan memanjangkan perkara ini kerana sumber kita adalah terhad," katanya.

Rafizi berkata beliau akan tetap setia dengan prinsip bahawa pimpinan PKR mesti menunjukkan teladan beramanah dan bersih seperti yang dituntut daripada pimpinan Barisan Nasional.

"Sebagai pimpinan kanan PKR, saya selalu gundah gulana dalam mengimbangkan pendirian saya bahawa kita tidak boleh ada kompromi mengenai soal amanah dan menjaga nama baik parti di mata rakyat. Itu adalah perkara yang paling saya kurang selesa dalam tugasan saya sebagai ahli Parlimen, pimpinan parti dan seorang pendedah penyelewengan. 

"Tetapi lawan tetap lawan. Tatkala pimpinan PKR mula memandang enteng tuduhan salahlaku terhadap kita atas alasan menjaga nama baik parti, saya khuatir kita mula mendedahkan perjuangan kepada anasir yang merosakkan.

"Saya rela terlebih berhati-hati kerana sebagai parti reformasi, PKR mestilah telus dan bersih. Tidak mencukupi bagi pimpinan dan anggota kita tidak terlibat di dalam penyelewengan, kepekaan kita kepada persepsi rakyat mengenai bersihnya kita mestilah mengatasi semua parti lain di negara ini," katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa