Wednesday, May 25, 2016
Pemimpin PKR jumpa Haron Din bincang kerusi Sg Besar?
TERKINI
Ada maklumat yang sampai kepada saya, malam tadi pemimpin tertinggi PKR berjumpa dengan Murysidul Am Pas, Dr Haron Din dipercayai untuk mencari formula bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Pemimpin PKR berkenaan katanya datang bersendirian dengan memandu kereta ke rumah Haron di Bangi. Tidak dapat dipastikan apakah butiran perbincangan mereka berdua. Saya difahamkan pemimpin PKR itu bersungguh menyakinkan Haron Din supaya memberi laluan kepada PKR bertanding di kerusi Sungai Besar.
Kerusi Sungai Besar menjadi rebutan di kalangan pembangkang khasnya Pas dan Amanah. Kedua-dua mendakwa mempunyai peluang mampu menumbangkan BN kalau diberi laluan. Kedua-dua parti itu "bergagah" antara satu sama lain.
Beberapa perbincangan mencari persefahaman antara pembangkang dilakukan, tetapi gagal mencari kata putus. Difahamkan hasil pertemuan pemimpin PKR dengan Haron itu akan menjadi kata pemutus dan dilaporkan dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.
Menyedari sukar penyelesaian itulah mungkin menyebabkan pemimpin tertinggi PKR mengambil inisiatif berjumpa dengan Haron Din. Haron dianggap boleh memberi pencerahan bagai menyelesaikan pertikaian di Sungai Besar itu kerana beliau dianggap pemimpin spiritual dalam Pas. [wm.kl.8:43 pm 25/05/16] - MSO

Takde la......jumpa harun minta air jampi je.......kut2 dapat berkat dan perkenan hamno. kat sg besar tu tak ramai jin yg nak mengundi!
ReplyDeletePendapat aku yang pemimpin tu adalah pembelot...membelakangkan ketua parti lain. Orang ini juga boleh belot dengan PH jika kena pada dedaknya. Rakyat sokong naikkan pembangkang...dah memerintah lain pula permainan dia. Perlukah kita mengundi beliau tu????
ReplyDelete