Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 27, 2016

Usul Rang Undang-undang persendirian: Mengikut logik arithmeticnya adakah akan berjaya?

Abdul Hadi bentang usul Rang Undang-undang persendirian di Dewan Rakyat
26 Mei 2016 | BERNAMA
Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikerumuni media di lobi Parlimen  hari ini.- Foto oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Notis usul rang undang-undang itu, yang dikemukakan Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Presiden Pas, tersenarai sebagai perkara ke-15 iaitu yang terakhir dalam aturan urusan mesyuarat.

Usul itu bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Abdul Hadi ketika membentangkan usul itu berkata ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Beliau berkata ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Beliau kemudian mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah peraturan mesyuarat 15 (5).

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata notis usul itu dikemukakan dua minggu lepas oleh Abdul Hadi.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata ini merupakan kali keempat sejak tahun lepas usul serupa berada dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat namun masih belum berkesempatan untuk dibahaskan.

"Pas konsisten untuk cuba bawa Rang Undang-undang Persendirian ini. Kalau tak berjaya hari ini kita akan bawa lagi, kalau ada rezeki dapatlah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Komen aku ambil dari blog politik, cer pergi ke link dan tengok jadual di bawah:

Jadual: Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)

Angka diatas menunjukkan ada seramai 160 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 138 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu  isu hukum hudud  yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa