Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 27, 2016

Aisy.......kena kencing ka?

Akta 355: Pas hanya 'dikencing' Umno, kata Asmuni
27 Mei 2016 | ARIF ATAN
Asmuni Awi

Pas akan terus menjadi mangsa penipuan Umno di sebalik apa yang dianggap kejayaan Ahli Parlimen Marang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, kata Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

"Semuanya sekadar lakonan menjelang PRK (pilihan raya kecil) ini. Pas hanya 'dikencing' Umno. Selepas 20 tahun terhalang, baru (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah) boleh dibentang di Parlimen. Tapi mengapa Marang (Hadi Awang) minta tangguh pula, tidak teruskan perbahasan?

"Selepas ini, bila pula perbincangan usul? Paling penting, perbincangan akan berlaku atau tidak? Seolah-olah Umno hanya benarkan Pas bentang tapi bahas tidak boleh," ujarnya ketika ditemui selepas taklimat jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Pejabat Amanah parlimen itu malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak wujudnya kerjasama di antara Pas dan Umno di sebalik penangguhan  perbahasan RUU itu semalam yang mulanya terletak di aturan mesyuarat ke-15.

"Kalau tidak kenapa Marang minta tangguh? Mungkin itulah syarat Umno kepada Pas. Tak mustahil mereka sudah berpakat," jelasnya.

Sehubungan itu, Asmuni berpendapat pembentangan RUU berkenaan bakal menjadi modal kempen paling lumayan bagi Pas memancing sokongan pengundi Melayu.

Sebaliknya, jelas beliau, di pihak parti komponen BN pada masa sama menyatakan bantahan secara terbuka termasuk ugutan untuk keluar dari BN.

"Jadi, adakah Najib akan buka jalan selanjutnya selepas selesai PRK nanti?

"Di mana nampaknya jalan untuk RUU dibincangkan? Lebih jauh lagi kalau bincang pun akan ditolak," tegasnya mengulas tentang usul yang dibawa empat kali sejak 1995 itu.

Selanjutnya, beliau berkata, kepimpinan Amanah sudah lama menekankan pentingnya usaha memperundangkan syariah turut mengambil kira pelbagai aspek supaya undang-undang Islam bukan sekadar menjadi permainan pihak tertentu.

"Itulah pendirian kami sejak berada dalam parti lama (Pas). Kita mahu pindaan (Akta) 355 untuk tingkatkan kuasa Mahkamah Syariah," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa