Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 28, 2016

Akhirnya inilah jadinya Hudud!

FRIDAY, MAY 27, 2016
LAGI SANDIWARA HUDUD OLEH PAS DAN UMNO
Hudud semalam sandiwara dan akan kekal sandiwara bawah Hadi Awang dan UMNO.

Mustahil UMNO akan sokong hudud bila UMNO sendiri keluar lesen judi swasta sebanyak 13 lesen.

Negeri besar China yg rakyatnya 1.3 billion pun ada dua je judi, itupun milik kerajaan.

Yg sedihnya Hadi Awang dan ulama2 PAS sanggup jadi pelakon dlm sandiwara ini.

Kalau betul ikhlas, Hadi Awang akan minta perbahasan diteruskan sbb Speaker boleh berhentikan jam dan perbahasan boleh diteruskan sampai pukul enam pagi ataupun lebih.

Malahan, apabila jam dihentikan oleh Speaker, perbahasan boleh berjalan sehingga seminggu.

Speaker ada kuasa mutlak.

Tapi Hadi Awang tangguh dengan alasan yg sangat dangkal yakni tiada masa.

Nampak sangat Hadi Awang ni bersandiwara.

Untuk usul Haji Hadi dibahas semula dlm Persidangan akan datang, Kerajaan kena mengangkat semula usul tersebut  seperti yg dibuat Azalina.

Sah UMNO takkan angkat semula usul.ini dlm persidangan akan datang.

Kesimpulannya, semua ini adalah sandiwara UMNO dan PAS utk menghadapi dua PRK dan Muktamar PAS.

Takda niat pun nak laksana hudud. - sumber

1 comment:

  1. Rang undang-undang persendirian yang dibentang oleh ahli parlimen Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bukan untuk pelaksanaan hudud, kata perdana menteri.

    Datuk Seri Najib Razak berkata Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 bertujuan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut.

    “Kita sudah beritahu rakan-rakan Barisan Nasional, ada salah faham yang besar.

    “Pertama, apabila Abdul Hadi membentang rang undang-undang persendirian itu, mereka ingat beliau membawa isu hudud.

    “Saya hendak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud,” katanya, mengulas bantahan parti-parti komponen BN hari ini.

    “Ia [usul pindaan] menambah hukuman, menaikkan [jumlah] rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam.”

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa