Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 21, 2016

Dalam politik 'akhirnya lebih penting dari permulaannya'

Adakah PH/Pas bersedia ganti Umno/BN GE14?

Dalam politik 'akhirnya lebih penting dari permulaannya'.

Macam tengok program gusti di kaca TV orang yang cakap banyak dipermulaan pertandingan belum tentu dia yang akan menang pada akhir pertandingan.

Kita kena faham pepatah orang Melayu ada menyebut ...

'Menang jadi arang kalah jadi abu'.

Kalau saya memutuskan siapa nak bertanding di Pilihanraya Kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar saya akan pilih parti Pas.

Pertama ini adalah Pilihanraya kecil. Pas pernah bertanding di kedua2 kerusi Sg Besar dan Kuala Kangsar dalam Pilihanraya2 yang lepas2. Dan Pas adalah parti pembangkang.

Soal dia dilihat berbaik2 dengan Umno samalah seperti PH dilihat berbaik2 dgn Tun Mahathir !

Matlamat PH dan Pas sama. Nak gulingkan Umno/BN GE14.

Mengapa tidak kita kekal berfikir begitu?

Mengapa di satu pihak kita boleh berbaik2 dengan TM dan di satu pihak tak mahu sokong menyokong dengan Pas dalam Pilihanraya kecil ini?

Biasanya dalam Pilihanraya kecil 'incumbent' akan bertanding.

Incumbent di sini adalah Pas.

Hubungan PH dengan Pas mesti dijaga jika kedua2 PH/Pas benar2 mahu berkuasa di Putrajaya.

Pertandingan tiga atau empat penjuru memberi kelebihan kepada BN.

Pilihanraya di Sarawak baru saja selesai.

BN Sarawak yang tak ada Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP etc dari Semenanjung dengan mudah meratah PH/Pas.

BN Sarawak ada senjata sulit dan tektikal moves mereka 'caught us by supprise'.

Antaranya mereka main isu kenegerian 'Kita orang Sarawak, mereka orang Semenanjung memadai2 nak kacau kita di Sarawak'. Dan banyak isu lagi.

Kita sebaliknya cuma 'gah' nak tunjuk kuat. Dalam politik tunjuk 'gah' sahaja tak cukup. Kita mesti cerdik. Bertanding tiga atau empat penjuru tak cerdik.

Boleh tak kita berlapang dada?
Boleh tak kita pandang lebih jauh ke hadapan?

Boleh tak kita juga bersedia untuk GE14 dalam pada kita memutuskan parti mana nak bertanding di Sg Besar dan Kuala Kangsar?

BN ketawa besar tengok kita berkecamuk dan semacam tak tentu arah sikap kita. Pada saya permainan politik yang sedang kita tunjukkan ini tak cerdik.

Semua suka buat kenyataan2. Yang seronok ialah surat2 khabar. Jumlah edaran meningkat.

Rakyat perhati. Rakyat jadi bingung bila pemimpin2 PH tak sekata.

Masing2 lupa lepas ni ada banyak lagi Pilihanraya. Terutama GE14.

Mengapa nak berebut sangat kali ini? Kali ini mereka bertanding. Lain kali kita pula. Sama2 tolong menolong. Barulah kuat. Barulah berjaya.

Orang putih kata 'One step backward now ...in order to get two steps foward later on'.

Saya kecewa pemimpin2 buat kenyataan untuk akhirnya mereka menjemput kekalahan mereka di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Saya rasa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk beralih sokongan kepada PH/Pas pada ketika ini.

Umno/BN sangat mengecewakan sekarang.

Oleh itu pandai2lah PH/Pas memilih jalan terbaik jika ingin nak berkuasa di Putrajaya GE14.

Kalau tidak 'sampai tua lah lu'
duduk kerusi2 pembangkang !!

TS Muhammad Muhammad Taib

19 Mei 2016

2 comments:

  1. Tan sri x payah la nk bg pandangan...tan sri dah kenyang mkn dedak....tan sri punya pendapat pn x blh pakai...

    ReplyDelete
  2. Tan sri x payah la nk bg pandangan...tan sri dah kenyang mkn dedak....tan sri punya pendapat pn x blh pakai...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa