Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 22, 2016

Apa masalahnya........kan PAS dah dikembirikan dan Amanah pula belum pun baligh, PKR pula haru-biru?

Umno Kedah bimbang berhadapan PRU14
Posted on Sunday, May 22 @ 15:33:05 MYT by paklang
ALOR SETAR - Umno Kedah berasa bimbang untuk menentukan kemenangan dan mengekalkan kuasa pada PRU14, akui pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurut Ahmad Bashah, ia bukan perkara mudah untuk dilaksanakan kerana memerlukan muafakat seluruh jentera dan parti komponen BN.

“Kita harus bermula dari awal kerana persiapan untuk menghadapi satu-satu kerja besar bukan perkara mudah. Itu adalah pengalaman yang kita lalui selama ini.

“Walaupun kita dah lalui pilihan raya banyak kali, tapi kalau kita tak buat persiapan dan tak tumpu kepada gerak kerja di semua peringkat, tak mungkin kita berjaya mengekalkan kuasa apabila pihak lawan juga membuat persiapan sama,” katanya.

Berucap melancarkan Jentera Gerak Kerja PRU14 Wanita Umno Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, hari ini, beliau berkata, semua ahli dan jentera parti tidak boleh terlalu yakin dengan berpeluk tubuh dan selesa dengan apa yang dimiliki ketika ini.

Ini kerana katanya, PRU14 akan menentukan sama ada BN berjaya atau tidak dengan pelbagai halangan dan rintangan yang ada.

"Bergantung kepada gerak kerja dan komitmen kita untuk menghadapi kerja besar yang akan menentukan kuasa kita di peringkat pusat dan negeri.

“Sebelum ini Kedah berada di tangan orang lain dan kita menjadi pembangkang suatu ketika dulu. Bukan suatu perkara mudah untuk kita berdepan dalam PRU14,” kata Ahmad Bashah.

Menteri Besar Kedah itu berkata, keputusan yang diperoleh BN pada PRN Sarawak baru-baru ini juga tidak boleh menentukan kemenangan BN di Kedah kelak.

“Sebab itu kita mesti merenung ke hadapan. Kadang-kadang kita memerlukan komitmen begitu besar kalau nak terus berjaya dan mengekalkan kuasa yang ada sekarang.

“Saya nak semua jentera parti di peringkat Kedah buat persiapan untuk memantapkan tenaga kerja di peringkat bawahan kerana dengan semangat itu dapat membantu kita pada PRU14,” katanya.

Ini ujar beliau sejajar dengan harapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Umno dan BN Kedah cukup tinggi disebabkan ia pernah kalah pada PRU12 lalu.

“PRU12 kita (BN) hadapi kekalahan lima negeri, kita pun tak sangka Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh kepada pembangkang. Kelantan itu tak apa lah memang kita dah jangka akan kalah.

“Kalah ini bermakna tak ada pun dalam bayangan kita BN akan mengalami kekalahan di lima negeri. Tapi itu sudah pun terjadi dan nasib baik Perak kita dapat berkuasa semula,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, pengalaman selama lima tahun lalu membuatkan BN bekerja sebagai pembangkang dalam keadaan yang cukup tertekan.

“Kita berusaha dengan parti komponen untuk rampas semula Kedah. Ini hakikat kalau berperang tak boleh buat kerja sorang-sorang, ktia mesti bermuafakat sama ada dia menang atau kita menang.

“Sebelum ini kita cuma menang empat kerusi parlimen pada PRU12, tapi dalam kekalahan itu kita dapat menang 10 kerusi parlimen pada PRU13. Dun Kedah pula kita menang 15 kerusi Dun pada PRU12, tapi dapat bentuk semula kerajaan selepas menang 21 kerusi pada PRU13,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa