Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 16, 2016

Pertanyaan Jawab Lisan Mahfuz di sidang Parlimen

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS PADA 16 MEI HINGGA 26 MEI 2016

Pertanyaan  Jawab Lisan

1.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] meminta Perdana Menteri menyatakan kenapa Laporan Ketua Audit negara berkaitan 1MDB di klasifikasikan dibawah Akta rahsia rasmi (OSA) sedangkan laporan tersebut tiada kena mengena dengan Isu Keselamatan Negara dan adakah Perdana Menteri bersedia menarik balik klasifikasi Akta rahsia rasmi (OSA) keatas Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

2.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-
a) Berapakah Jumlah lesen memandu mengikut kelas sehingga April 2016.
b) Berapakah jumlah lesen memandu yang diganting dan dibatalkan dan kesalahan yang mengakibatkan penggantungan dan pembatalan.

3.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] Minta Perdana Menteri menyatakan:-

a) Apakah status  wang RM42 juta  yang telah diperakui dimasukan kedalam akaun peribadi Perdana Menteri dari SRC International tanpa disedari oleh Perdana Menteri dan tanpa diketahui oleh pihak SRC International.

b) Adakah wang tersebut telah dikembalikan kepada SRC atau telah di belanjakan oleh Perdana Menteri.

4.Dato'Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Perdana Menteri menyatakan:-

a) kenapa sehingga kini Perdana Menteri belum lagi menyaman Asian Wall Street Journal (WSJ) dan Serawak Report yang mendedahkan berbagai tuduhan dan penglibatan Perdana Menteri dalam Skandal Negara 1MDB yang telah mencalar nama baik negara.Membiarkan tanpa apa apa tindakan undang mengundang persepsi segala tuduhan terhadap Perdana Menteri adalah benar.

b) Apakah bentuk tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan jawatankuasa kira-kira wang negara di bentangkan.

5. Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyak tanah milik kerajaan Persekutuan telah dijual kepada pihak swasta atau pihak asing sejak tahun 2009,nyatakan tanah mana yang dijual  bagi setiap bidang keluasan serta jumlah harga yang dijual dan siapakah pembeli.

6.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Perdana Menteri menyatakan

a) Siapakah Ketua Pegawai Exekutif PEMANDU di JPM dan berapakah jumlah kakitangan Pemandu.
b) Adakah terdapat Firma Perunding yang masih memberikan khidmat kepada Pemandu,namakan firma tersebut dan berapakah jumlah bayaran yang dikenakan serta berapakah jumlah kakitangan firma perunding tersebut dipejabat Pemandu.

7.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Pembanggunan Luar bandar menjelaskan berapakah jumlah jalan kampung yang telah dinaiktaraf dan dibaiki dalam kawasan Parlimen Pokok Sena bagi tahun 2013-2015 dan namakan jalan tersebut serta jumlah yang telah dikenalpasti akan dinaiktaraf dalam tahun 2016 dan nyatakan jalan tersebut.

8. Dato' Mahfuz Omar [ Pokok  Sena ] minta Menteri pengajian Tinggi menyatakan berapakah jumlah mahasiswa mengikut IPTA yang masih menganggur yang disebabkan kelulusan mereka yang tidak sesuai dengan permintaan sektor ekonomi dan nyatakan  bidang bidang pengajian tersebut.

9. Dato' Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] Minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci mengenai perancangan penutupan 1MDB terutamanya dari segi pemindahan aset, bebanan hutang Dan lain2 Serta isu menangani posibiliti 1MDB gagal utk membayar hutang sedia ada yg boleh menjejaskan kerajaan Dan 1MDB kerana "cross default" bagi hutang sedia ada yg lain juga boleh menejejaskan kondisi ekonomi terutama matawang negara.

10. Dato'Mahfuz Omar[ (Pokok Sena ] Minta Menteri Kewangan menyatakan

a) Mengikut Laporan PAC telah mengesahkan bahawa sukuk IMTN bernilai RM5B telah disalahguna oleh pihak pengurusan 1MDB dan Petrosaudi, apakah langkah langkah 'preventive' atau 'punishment' yang telah dilakukan oleh SC sebagai 'custodian' sukuk tersebut?

b) Sukuk tersebut juga telah melanggar Akta Perusahan dimana semua perusahan harus mendapat persetujuan pemegang saham, PAC report telah mengidentifikasi bahawa PM telah bertindak diluar bidang kuasa beliau dgn menyuruh CEO iaitu Sharol Hilmi untuk mengendahkan arahan pemegang saham. Ini adalah pecah Amanah. Adakah Menteri Kewangan membuat laporan kepada pihak pihak polis dan peguam negara dan apakah tidakan keatas kesalahan ini?.

Pertanyaan Jawab Bertulis

1.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] Minta Perdana menteri menyatakan

a) Berapakah jumlah perlantikan jawatan jawatan yang bukan menteri tetapi diberi taraf menteri dan nyatakan senarai nama,jawatan dan gaji serta elaun yang diperolehi setiap bulan.
b) nyatakan apakah keperluan perlantikan dan tugas tugas yang dilakukan serta sejauh mana sumbangan mereka untuk negara.

2.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] Minta Perdana Menteri menyatakan status terkini dan jumlah tanah Rezab Melayu mengikut setiap negeri dan Wilayah Persekutuan dan nyatakan jumlah tanah Rezab Melayu yang belum diganti mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan.

3.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani menjelaskan jumlah negara dimana Malaysia mengimport makanan dan namakan negara tersebut dan bahan makanan yang di import serta jumlah dalam Ringgit Malaysia yang dibelanjakan kerajaan untuk tujuan tersebut mengikut tahun dari 2005 hingga 2015.

4.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Perdana Menteri menyatakan dari sumber kewangan manakah Yang diperolehi Tabung haji mensubsidi sebanyak RM8,910.00 untuk setiap Jemaah haji kali pertama menunaikan Ibadah Haji.

5.Dato’ Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta Menteri Dalam negeri menyatakan jumlah banduan yang telah mendapat pengampunan daripada Yang DiPertuan Agong dari tahun 2010 hingga 2016.

Sekian, terima kasih.

DATO’ MAHFUZ OMAR
Ahli Dewan Rakyat, Pokok Sena

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa