Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 6, 2016

Lantak kamulah Hadi: Mulut huduh dan auta belit nak jadi ketua? Mana2 parti yang nak hidu juga tu memang parti bangsat!

PAS jadi pengemudi utama sekiranya hendak kerjasama, kata Hadi

  | November 6, 2016
PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.
PETALING JAYA: PAS mahu jadi pengemudi utama sekiranya parti-parti lain hendak bekerjasama dengannya, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Malah, kata Hadi, parti Islam itu tiada masalah untuk bergerak tanpa sokongan parti lain.
“Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata,” katanya lapor Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai menghadiri suatu ceramah di Jejawi, Perlis semalam.
Katanya PAS bersedia membuka pintu kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, tetapi hanya kepada parti yang sealiran dengan matlamat perjuangan menegakkan syiar Islam di negara ini.
PAS kini dalam satu pakatan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, dan dalam suatu bentuk kerjasama dengan PKR.
“PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami…. tapi jangan pula lepas itu dia ‘curi’ dalam rumah kami,” kata Hadi, dipercayai merujuk kepada perbuatan khianat.
PAS sebelum ini mendakwa DAP memungkiri perjanjian kerjasama antara kedua parti semasa dalam Pakatan Rakyat.
DAP kini dalam satu pakatan bersama PKR dan Amanah, yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti Islam itu yang lalu.
Sementara itu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menjelaskan partinya mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).

* cakap Islam konon. tapi watak dan tutur kata kamu tu Islamkah?

1 comment:

  1. Tak faham2 lg? Maknanya dia tak mau kerjasama dgn pembangkang. Dia lebih rela umno menang dan najib kekal PM

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa