Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 16, 2014

Intergriti SPR?: Lupakanlah Selagi Menjadi Alat Kerajaan!

Imej SPR sudah pun punah ranah di mata pengundi yang sedar!

SPR tidak seharusnya dilihat ‘memaksa’ dan ‘membeli’ rakyat, kata Saifuddin Abdullah
OLEH SHERIDAN MAHAVERA DAN MUZLIZA MUSTAFA
FEBRUARY 16, 2014
LATEST UPDATE: FEBRUARY 16, 2014 02:17 PM
Pemimpin Barisan Nasional (BN) Datuk Saifuddin Abdullah, menyertai tuntutan reformasi pilihan raya dengan menegaskan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melakukan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru dengan lebih terbuka serta melibatkan penelitian dan penyertaan orang ramai.
Katanya, badan penggendali pilihan raya itu seharusnya berhenti mengikut cara lama iaitu melakukan segala perkara secara tertutup dan bersedia untuk menerima perubahan dan menyesuaikan realiti baru rakyat Malaysia yang mahu melihat secara terus bagaimana badan itu melukis peta persempadanan semula.
"SPR harus menggunapakai sepenuhnya prinsip kerajaan adalah daripada rakyat dan untuk rakyat.
Forum yang berlangsung untuk hari kedua itu menyaksikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tindak Malaysia merancang melibatkan diri melakukan alternatif peta sempadan pilihan raya yang akan dibawa kepada SPR, berikutan pengumuman SPR memulakan pensempadanan semula Mac ini."Ia tidak seharusnya daripada rakyat, memaksa rakyat dan membeli rakyat," kata Saifuddin pada satu forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya, pagi ini.
Kumpulan itu juga merancang untuk melatih 100 pengundi di setiap kawasan untuk membentangkan pelan alternatif kepada SPR ketika tempoh bantahan.
Tempoh bantahan satu bulan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan pensempadanan semula SPR sebelum draf sempadan baru dibentangkan kepada Perdana Menteri.
Dalam video ucapannya yang disiarkan secara langsung, Saifuddin mengkritik SPR kerana berdiam diri dan cuba mempertahankan diri daripada tuntutan kumpulan reformasi pilihan raya, seperti memastikan akses media lebih adil kepada semua parti dan pembersihan daftar pemilih.
"Ada satu ketika SPR dilihat mempertahankan kerajaan. Ia tidak sepatutnya berlaku, sepatutnya mereka perlu memberi tumpuan mengekalkan intergriti badan itu," katanya.
Saifuddin menggesa aktivis terlibat bersetuju untuk menetapkan prinsip yang sama sebelum mengadakan pertemuan dengan SPR ketika proses rundingan.
"Saya syak bahawa Suruhanjaya sudah mempunyai peta mereka sendiri. Jadi kita semua perlu bersetuju dalam prinsip utama iaitu mencegah amalan penggarisan semula kawasan pilihan raya dan penyelewengan.
"Kita juga perlu memberi kefahaman dan mendidik rakyat tentang pentingnya pensempadanan semula dan memastikan kita mempunyai 100 pengundi semasa tempoh bantahan," katanya. - 16 Februari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa