Shahabudin Elias
KUALA LUMPUR: Tiada taktik baru diperkenalkan di dalam profession tertua di dunia, namun idea-idea baru sering dieksperimentasikan bagi mencapai lebih ramai pelanggan. Internet memberikan cara inovatif bagi memikat hati pelanggan baru, melalui perisian chat room atau forum. Pelajar yang juga peniaga tubuh menggunakan cara ini bagi mengembangkan sayap malamnya.
Mereka yang terlibat di dalam kancah pelacuran mungkin terjebak kerana ditipu. Akan tetapi, ramai juga yang rela hati menjadi peniaga tubuh kerana keinginan kehidupan mewah dengan diselubungi wang ringgit. Ada juga yang berseronok kerana dapat meniduri jantan asing yang memberi layanan berbeza-beza.
Pelajar yang berkehendakkan kehidupan mewah serta pulangan lumayan merupakan di antara mereka yang sukarela meniaga tubuh. Mereka juga mampu berpeleseran di tempat-tempat yang hebat dan memerlukan wang yang banyak.
Jasmin (bukan nama sebenar) tidak menyorokkan hakikat ini kerana dengan jujur menyatakan dia gemar dengan kehidupan yang dikecapinya.
“Saya mula melacur pada semester satu di universiti,” kata gadis berusia 22 tahun itu. Penampilan dan kejelitaannya amat mengujakan.
“Saya gemar berdansa di hujung minggu dan kali pertama keluar malam, bertemu ahli perniagaan yang meminta saya menemaninya. Saya diberi wang yang amat banyak selepas memuaskan kehendaknya. Begitulah saya bermula.”
Jasmin meminta bayaran sekitar RM250 ke RM500 bagi perkhidmatan yang ditawarnya. Jika persembahannya hebat, dia dibayar sehingga RM1,500. Matlamatnya ialah bagi menjadi kaya raya di dalam masa yang paling singkat.
Kisah hangat ini boleh dilayari di www.theheat.my.
astaga ! ABU !
ReplyDeleteApa Mau jadi?
ReplyDelete