Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 12:06 AM
Seorang kakitangan syarikat tersebut menunjukkan kepingan duit syiling yang didakwa ditemui di Pulau Nangka
JASIN: Sebuah syarikat yang bertanggungjawab mencari artifak lama di kawasan tempat tersimpannya khazanah Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka menafikan dakwaan bahawa pekerja syarikat tersebut menanam dua keping duit syiling lama yang ditemui di sini minggu lalu.
Smart Partnership International (M) Sdn Bhd berkata pada Isnin bahawa kepingan duit syiling itu ditemui oleh pekerjanya ketika menggerudi tembok dinding batu di pulau tersebut.
Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said memberitahu pemberita bahawa syarikat tersebut telah menyerahkan duit syling itu kepada Perbadanan Muzium Melaka untuk mengesahkan ketulenannya.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau tidak begitu yakin duit syiling yang ditemui itu datangnya dari kawasan tersebut (Pulau Nangka).
Mohammad Foad berkata, pintu masuk ke gua yang mengandungi harta karun terletak dibawah beberapa batu besar yang cuba dialihkan syarikat tersebut.
Sementara itu, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, polis sedang memantau kepulauan itu untuk memastikan keselamatan dan kerja mengesan harta karun itu diteruskan tanpa sebarang masalah.
"Anggota polis marin akan berhubung dengan syarikat itu untuk terus dimaklumkan mengenai setiap perkembangan mengenai misi pencarian itu," katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa