Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 6, 2014

Adakah MP UMNO Sebulat Suara Akan Menyokong Hudud Di Parlimen?

Hudud boleh diluluskan dengan majoriti mudah?

 | May 5, 2014
Ini bermakna PAS hanya kekurangan empat undi untuk memastikan rang undang-undang ini berjaya diluluskan.
20070627_041008_4363_Pandangan Hadapan Bangunan ParlimenPETALING JAYA: Akhbar Sinar Harian mendakwa hukum hudud boleh diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan majoriti mudah 112 kerusi.
Dalam rencana Mohd Zailani Abd Rahman berjudul “Empat undi jadi penentu” yang diterbitkan pada 3 Mei lalu, beliau berkata usaha agresif ini terjadi ketika pentadbiran Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mememasuki ulang tahun pertama pemerintahan pada 6 Mei ini.
“Persoalannya, adakah Kelantan boleh mendapat sokongan bagi memperolehi majoriti mudah 112 kerusi? Umum mengetahui PAS hanya memiliki 21 kerusi di parlimen, paling kecil dalam Pakatan Rakyat berbanding PKR 30 dan DAP 38,” tulis beliau.
Zailani berkata DAP terang-terang menolak hukum hudud begitu juga PKR walaupun memiliki 16 wakil rakyat Islam tetapi pendirian mereka seolah-olah ingin menjaga hati pengundi bukan Islam.
Katanya, PAS boleh mengharap sesuatu dari ahli parlimen Umno seramai 87 wakil Islam manakala satu bukan Islam.
“Sekiranya ia diterjemahkan dalam bentuk undi , ahli parlimen PAS dan Umno sudah mewakili 108 undi. Ini bermakna PAS hanya kekurangan empat undi untuk memastikan rang undang-undang ini berjaya diluluskan,” dakwanya lagi.
Beliau mencadangkan supaya PAS mendapat bantuan Perdana Menteri untuk memujuk 10 wakil rakyat Islam dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), salah satu komponen terbesar BN.
Katanya, jika congakan ini berhasil, PAS tidak perlu mengendahkan lagi ugutan DAP dan PKR.
Sebelum ini FMT berpendapat PAS memerlukan majoriti dua pertiga (148 undi) untuk mengkuatkuasakan hukum hudud. Sebaliknya Sinar Harian berpendapat PAS hanya memerlukan majoriti mudah sahaja (112 undi).
Berdasarkan kerusi Umno dan PAS hanya 109 kerusi, maka ia memerlukan 39 kerusi lagi untuk Dewan Rakyat meluluskan usul ini. Bagi melaksanakan hukum hudud, ia memerlukan kelulusan dua pertiga Dewan Rakyat iaitu 148 kerusi.
Turut baca

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa