Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 7, 2014

Giliran ISMA Pula.....

IGP: Polis siasat ISMA kes hasutan
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pasukannya menjalankan siasatan ke atas presiden NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdullah Rahman mengikut Akta Hasutan.

Khalid ketika dihubungi Malaysiakini turut menasihatkan semua pihak agar tidak membuat kenyataan yang bersifat menghasut.

"Nasihat saya kepada semua adalah berhati-hati dalam membuat kenyataan yang boleh membangkitkan ketegangan kaum di negara ini,” katanya.

Kenyataan terbaru Abdullah Zaik itu menerima bantahan dari pelbagai pihak, termasuk Pemuda MCA dan DAP yang membuat laporan polis.

Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon dalam kenyataannya menyatakan pertubuhan itu kini muak dengan kenyataan Abdullah Zaik.

"Kita sudah muak dgn kenyataan bahwa orang Cina adalah pendatang, tetapi sekarang lebih serius lagi bukan pendatang, tetapi dinaiktarafkan menjadi penceroboh.

"Ini ialah satu kenyataan yang sangat kejam dan tidak boleh diterima oleh semua rakyat malaysia

"Saya minta Abdullah Zaik supaya melihat kembali sejarah kemerdekaan negara, lihat secara positif tentang keunikan dan kepelbagaian budaya, agama dan bangsa di negara ini," katanya.

Pengarah strategi MIC S Vell Paari juga meminta pihak berkuasa menyiasat ISMA untuk mengelakkan sangkaan bahawa NGO tersebut mendapat sokongan pihak berkuasa.

Sementara itu Abdullah Zaik sewaktu dihubungi Malaysiakini berkata beliau belum dipanggil polis untuk sebarang siasatan.

Namun, beliau juga tidak pasti jika polis ada menemui mana-mana pemimpin ISMA lain berhubung perkara itu. - mk

1 comment:

  1. Jika melibatkan hasutan dari puak beend dan sekutu nya ada ker tindakan polis.jgn harap ler.kes potong ayam per citer khalid

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa