SUARA LANTANG: Barack Obama telah datang dan pergi tetapi rakyat Malaysia masih bertengkar tentang siapa yang menang dan siapa yang kecundang ketika kunjungannya ke sini. Ini merupakan kali pertama Presiden AS bertandang selepas hampir setengah abad.
Pemenang nyata mestilah Obama sendiri serta hosnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sementara yang kecundang termasuk Datin Seri Rosmah Mansor dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kita masih mempersoalkan samada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih sesuatu atau keciciran berikutan kegagalan presiden itu bersua dengannya.
Obama mungkin tidak meraih sokongan tambahan bagi Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik daripada Najib, tetapi beliau berjaya mendapatkan persetujuan Malaysia berkenaan doktrin “Utamakan Asia” yang dilaungkan Amerika.
Malaysia memberikan Obama sambutan DiRaja semasa beliau tiba pada Sabtu dua minggu lalu.
Obama disambut tembakan 21-das, barisan kehormat dan pancaragam tentera yang memainkan lagu kebangsaan kedua-dua negara, sebanyak dua kali.
Yang di-Pertuan Agong menjamu Obama di majlis bankuet di Istana Negara di mana beliau diiringi tiupan trompet.
Najib pula diangkat akhbar Umno Utusan Malaysia sebagai pemenang bagi kunjungan bersejarah tersebut.
Beliau memberikan imej “rakan dan sekutu” AS dan digelar seorang reformis oleh Obama sendiri.
Jangan lupa foto Najib dengan tetamunya. Beliau menulis tweet: “Selfie saya dengan Presiden Obama!”
Najib turut menumpang kereta berperisai Obama yang dikenali sebagai The Beast.
Lebih menggembirakan, Obama tidak mengunjungi Anwar Ibrahim.
Wanita Pertama Najib, Rosmah bagaimanapun tidak berapa beruntung kerana Wanita Pertama Amerika Syarikat Michelle, tidak mengikut lawatan suaminya ke Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Filipina.
Mahathir lebih malang kerana langsung tidak mendapat tempat di dalam diari lawatan Obama ke sini.
Kenangan paling bernilai bagi bekas perdana menteri kita itu ialah ketika berkunjung ke Rumah Putih bagi pertemuan dengan George Bush pada 2002.
Mengikut dakwaan The Washington Post, pembayar cukai Malaysia terpaksa menanggung kos sekitar RM5.3 juta sebagai pembayaran kepada pelobi Heritage Foundation, badan pemikir berhaluan kanan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut tersenarai sebagai yang kecundang. Seperti Mahathir, beliau tidak langsung kelihatan. Noktah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi juga diketepikan.
Selepas pesawat rasmi Presiden AS Air Force One meninggalkan Malaysia, barulah beliau mengulas kenyataan Obama supaya kaum bukan Islam diberi peluang sama rata bagi menjamin kemajuan negara.
Zahid berkata kerajaan Malaysia sememangnya adil buat semua rakyatnya, tanpa mengira latar belakang agama.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin juga tersenarai sebagai pemenang.
Obama mengenali Hishamuddin melalui liputan berhubung MH370 dan bersembang lama dengannya ketika presiden itu bertemu para VVIP di dataran parlimen.
Hishamuddin yang juga pemangku menteri pengangkutan berkata, Obama memberitahunya bahawa perjalanan masih panjang dan beranjau, dan AS akan sentiasa memberi kerjasama.
Khairy pula antara yang pertama menyambut Obama dan yang terakhir mengucapkan selamat tinggal baginya. Mungkinkah beliau sudah mula merendah diri sekarang ini.
Anwar tidak dapat bersua muka dengan Obama tetapi menghadiri perjumpaan dengan penasihat keselamatan negara Susan Rice.
Bagaimanapun, sepuluh lagi sekutunya mendapat jemputan bertemu Obama secara peribadi di tempat presiden itu menginap, Hotel Ritz-Carlton.
Mereka terdiri lapan pemimpin pergerakan sivil dan dua tokoh gereja -- Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam dan Dr Hermen Shastri dari Majlis Gereja Malaysia
Selain itu, Datuk Ambiga Sreenevasan yang mewakili pertubuhan hak asasi Hakam, Maria Chin Abdullah daripada Bersih 2.0 dan presiden majlis peguam Christopher Leong turut berjumpa Obama.
Dr Ahmad Farouk Musa, pengerusi Barisan Kebangkitan Islam (IRF), Honey Tan, yang mewakili Comango, Tan Sri Hasmy Agam dari Suhakam, Ratna Osman dari Sisters in Islam, dan Aegile Fernandez dari Tenaganita juga ada bersama.
Ketua Imam Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menjadi hos bagi Obama yang mengunjungi Masjid Negara.
Presiden tersebut berkata “Insya Allah” apabila diminta menggunakan pengaruhnya bagi menyelesaikan penindasan di kalangan umat Islam sedunia.
Dan wartawan The Star, Christine Cheah juga dilihat pemenang.
Beliau bertemu Obama ketika pemimpin itu hadir ke sesi di Universiti Malaya, meminta kebenaran Obama bagi memeluknya dan berjaya.
Sudah tentu Christine akan menghargai detik itu selamanya.
Tan Jooi Long merupakan bekas pengarang Bernama yang juga pernah menerajui agensi berita AS berpengkalan di Asia Pasifik. Beliau juga galak menulis di Twitter. - sumber
lupa yang amarika adalah bapa penjenayah perang semua pakat nak dapat gah dunya saja
ReplyDeletebagi pejuang Islam tak kan lupa amarika adalah pengkhianat kepada umat Islam di tanah Arab
sapa yang tak dengar cakap amarika dikatakan pengganas
tikus,katak,lembu nfc,anjing & tenuk semua menyalak macam nak gila selepas oh bama balik kah kah kah ! ABU !
ReplyDeletetikus,katak,lembu nfc,anjing & tenuk semua menyalak macam nak gila selepas oh bama balik kah kah kah ! ABU !
ReplyDelete