Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 1, 2014

Ulat Taik Yang Tak Pernah Sedar Dirinya Kotor!

Utusan, jangan mengata dulang paku serpih
V Shuman

SEKILAS PANDANG: Ada pepatah menyatakan apabila anda menuding jari pada orang lain, tiga jari lain menunjuk kembali pada anda.
Itu mungkin nasihat yang editor akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki Umno perlu ambil, sebelum mereka menuduh organisasi berita lain menjadi "ancaman" kepada fikiran rakyat.
Dalam serangan pedas terbaru mereka terhadap Malaysiakini, akhbar itu menuduh portal berita itu tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan sering melaporkan berita-berita tanpa fakta.
Laporan itu memetik beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kurang dikenali, seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Malaysia Media Foundation.
Naib Presiden GPMS menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Multimedia dan Komunikasi untuk merangka garis panduan untuk mengawal selia portal itu, manakala ketua yayasan itu Dzulkarnain Taib berkata portal itu tidak pernah menerbitkan berita yang baik atau positif mengenai kerajaan, dan memanggilnya berat sebelah.
Adalah melucukan untuk membaca komen-komen yang dicetak dalam akhbar yang telah lama hilang kredibiliti dan reputasinya itu. Harian itu dahulunya dikenali sebagai sebuah benteng kewartawanan pada awal 60-an , apabila ia dikenali sebagai Utusan Melayu.
Pengurusannya kemudian diambilalih Umno, sebuah tindakan yang menerima bantahan daripada kakitangan akhbar itu. Tetapi pengambilalihan itu tetap berlaku dan reputasi mereka hari ini sudah pun diketahui.
Utusan tidak mempunyai reputasi yang baik di kalangan orang ramai – terima kasih kepada berita berat sebelah dan ulasan-ulasan yang kadang-kadang radikal. Pembaca mereka hanyalah ahli-ahli dan penyokong Umno.
Penerbitan itu telah menerbitkan banyak laporan tidak tepat yang dicemari oleh agenda politik, dan ia telah tewas dalam banyak saman undang-undang. Banyak laporan mereka berat sebelah atau direka untuk memuaskan hati pemilik politik mereka.
Jadi apa hak mereka untuk bersyarah tentang laporan yang bertanggungjawab dan beretika, kepada pihak lain?
Jika editor mereka mengetahui maksud sebenar gesaan mereka, mereka seolah-olah tidak mengamalkannya.
Pada tahun 2008, akhbar itu telah memanipulasi sebuah kolum oleh pengarang Chamil Wariya, bagi menerbitkan sebuah fiksyen tentang kehidupan seorang ahli politik wanita. Kisah itu, di mana watak utamanya dibunuh pada akhirnya kerana didakwa mewujudkan ketegangan antara kaum dan agama, hampir menyerupai kehidupan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Chamil menuduh akhbar itu menyunting rencananya secara tidak beretika dan melakukan plagiarisme. Kok memulakan tindakan saman terhadap mereka, memetik bahawa ia telah mencemarkan reputasi beliau dan telah membahayakan nyawanya. Mahkamah mengarahkan akhbar itu untuk membayar Kok sebanyak RM50,000 untuk kos perundangan.
Jika hasutan keganasan yang dijadikan karya fiksyen bukannya amalam kewartawanan pojokan, apa lagi?
Bukan itu sahaja. Utusan bertanggungjawab menerbitkan sebuah artikel yang memalukan bidang kewartawanan - "Apa Lagi Cina mahu?"
Laporan kasar bersifat perkauman ini diterbitkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13, dengan Utusan menuduh kaum Cina Malaysia yang tidak bersyukur sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan.
Bagi Utusan, sesiapa sahaja yang tidak menyokong Umno dan parti komponen BN adalah pengkhianat dan layak untuk dihina – tanpa mempedulikan etika dan fakta.
Ada baiknya pengurusan Utusan Malaysia untuk mencermin diri sebelum menuduh organisasi berita lain tidak mematuhi etika media.
Ia bukan lagi rahsia bahawa Malaysiakini cenderung kepada pembangkang, jadi ia hanya menjalankan tugas melaporkan fakta-fakta yang memihak kepada mereka. Tiada siapa yang boleh iri hati terhadap tindakan Utusan menyenangkan hati tuan politik mereka, jika mereka mengeluarkan laporan menggunakan fakta yang tepat.
Jadi berhenti menghina orang lain dan mula berkelakuan seperti golongan profesional.

2 comments:

  1. Macamana pengurusan Utasan Meloya nak cerminkan muka mereka, kalau yang terpampang di cermin adalah muka2 terompah dan muka2 singkek yang mereka sendiri malu melihatnya.

    ReplyDelete
  2. KELAKUAN UTSAN MELOYA DAN YG SEANGKATAN DAN SEWAKTU DENGANNYA AKU DAH MASAK SANGAT...TAPI PADA AKU TAJUK ALTERNATIF YG TERBAIK AKU FIKIRKAN ADALAH...."ULAT TAIK YANG MAHA BUSUK BERPURA-PURA WANGI"

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa