Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 1, 2014

MH370: Raja Dalelah Mungkin Betul

Mungkin benar pengakuan Raja Dalelah
DAKWAAN seorang wanita yang baharu pulang dari umrah telah melihat bangkai pesawat di perairan Laut Andaman mungkin ada benarnya.

Ini kerana berdasarkan dakwaan yang dilaporkan syarikat GeoResonance kelmarin, yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu, mengesan objek berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Benggala berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Berdasarkan laporan wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi(8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.- SH

1 comment:

  1. Menteri tu tak da nak percayanya..depa lebih percaya pd putar belit yahudi..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa