Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 15, 2014

4 Orang Lagi Bermalam Di Lokap

Empat lagi individu ditahan bantu siasatan kematian model Estonia
15/07/2014 6:58pm

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berumur di antara 24 hingga 27 tahun.
"Mereka ditahan kerana mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membantu siasatan polis dalam kes ini," katanya di dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sejak Ahad hingga hari ini, polis telah membebaskan tiga individu yang ditahan sebelum ini selepas percakapan mereka direkod.
Bagaimanapun, dua lelaki masih ditahan polis.
Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan pihak polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999. - Bernama

1 comment:

  1. Sudahnya kes jadi seperti pembunuhan Altantunya juga. Yang arah bunuh terlepas (siap jadi pemimpin no.1 lagi), yang bersubahat boleh terlepas dan bermewah-mewah di luar negara tetapi 2 ekor polis yang bunuh pun akhirnya terlepas juga atas arahan pemimpin (bangsa bodoh) no.1. Bunuhlah apa saja di negara ini pastinya terlepas kalau ada kuasa politik, Hakim Mahkamah dah jadi macam inspektor sahab di dalam filem Hindi. Beginilah Negara yang sedang menuju kehancuran dan bangsa yang sedang menuju kepupusan....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa