Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 6, 2014

Adakah Amerika Cadang Zahid Hamidi Kerana Portfolionya Atau .........

'Atau' kat atas tu malas aku nak sebut
Apa pun terpulang pada persepsi koranglah....

Amerika cadang Zahid Hamidi ketuai perbincangan program pengecualian visa
MI - Published: 6 July 2014
Pentadbiran Amerika Syarikat mencadangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai lawatan ke negara itu untuk berbincang mengenai program visa. Gambar fail The Malaysian Insider.

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) kini menunggu kedatangan wakil kerajaan Malaysia bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai Program Pengecualian Visa selepas ia dipersetujui Presiden Barack Obama ketika mengadakan lawatan ke Malaysia baru-baru ini.
Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis berkata pentadbiran Amerika juga mencadangkan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai lawatan ke Amerika bagi tujuan berkenaan.
"Saya berjumpa dengan anggota pentadbiran (Amerika) di sana, mereka memang menunggu dan memandang baik usaha yang diumumkan oleh Presiden Amerika supaya satu usaha, satu kaedah (dapat) diwujudkan untuk mengecualikan rakyat Malaysia mendapat visa bagi melawat Amerika," katanya.
Jamaluddin berharap agar lawatan berkenaan turut disertai beberapa pegawai kerajaan seperti Jabatan Imigresen bagi memulakan proses untuk menentukan kaedah yang sesuai agar rakyat Malaysia yang ingin ke Amerika atas pelbagai urusan mendapat pengecualian visa.
Dalam lawatan Obama April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada presiden Amerika kerana bersetuju menimbang penyertaan Malaysia dalam Program Pengecualian Visa.
Obama berkata, Amerika komited untuk memberikan taklimat teknikal berhubung syarat keselamatan dan perjanjian perkongsian maklumat mengenai perkara itu pada tahun ini.
Program Pengecualian Visa membenarkan warganegara negara peserta memasuki Amerika tanpa visa bagi tempoh selama 90 hari atau kurang.
Setakat ini, 37 negara adalah peserta program itu. Antara negara dari rantau Asia ialah Brunei Darussalam, Singapura, Taiwan dan Jepun. – Bernama, 6 Julai, 2014

2 comments:

  1. When I initially commented I clicked the "Notify me when new comments are added" checkbox and now
    each time a comment is added I get four e-mails with the same comment.
    Is there any way you can remove me from that service?
    Thanks a lot!

    ReplyDelete
  2. Good day! Would you mind if I share your blog with my facebook group?
    There's a lot of folks that I think would really enjoy your content.
    Please let me know. Thank you

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa