Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 16, 2014

Alhamdulillah Azizul Raheem Akhirnya Dapat Memeluk Anak-Anak Di Bulan Mulia Ini

Azizul Raheem Disambut Empat Anak
Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 9:48 PM
SEPANG: Pegawai Tourism Malaysia, Azizul Raheem Awalludin, yang baharu dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan di Sweden kerana memukul empat anaknya, tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH001 dari London.

Ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 5.41 petang disambut empat anaknya, ibunya serta anggota keluarga lain yang menunggu di pejabat Tourism KLIA sejak 4.30 petang.

Suasana hiba dan sayu menyelubungi pejabat itu apabila Azizul memeluk anak-anaknya iaitu Aisyah, 15, Ammar, 12, Adam, 11, Ariff, 8, setelah tujuh bulan tidak bertemu dan berhubung.

Azizul Raheem berkata kepulangannya hari ini juga merupakan hadiah ulang tahun kelahiran ke-65 ibunya Rubiah Mohd Ghandi pada Selasa.


"Terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan kami berdua (isterinya Shalwati Norshal). Kini semuanya telah berakhir. Isteri saya akan dibebaskan pada 29 Sept ini dan kami tidak sabar menunggu waktu itu," katanya kepada media selepas pertemuan dengan keluarganya.

Azizul Raheem, yang dibebaskan pada 9 Julai lepas, didakwa memukul anaknya sejak Sept 2010 dan dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan manakala Shalwati dijatuhi hukuman penjara 14 bulan.

Bagaimanapun hukuman itu dikurangkan dan mereka masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.

Azizul Raheem berkata apa yang penting baginya kini ialah menjalani ibadah Ramadan dan berhari raya bersama anak-anak dan anggota keluarganya walaupun terkilan tanpa isterinya di sisi.

Ketika ditanya perancangan menyambut Aidilitri, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun akan berbincang dengan anggota keluarganya mengenai lokasi sambutan itu.

Mengenai pengalamannya di penjara Sweden, Azizul Raheem berkata layanan yang diberikan kepadanya amat baik dan profesional namun terpaksa menjadi seorang vegetarian kerana sukar mendapat makanan halal.

Azizul Raheem berkata beliau juga tidak serik jika ditugaskan ke negara lain namun akan lebih berhati-hati dan peka undang-undang negara berkenaan.

Beliau turut mengingatkan rakan-rakan yang lain untuk membuat perkara yang sama jika ditugaskan di negara luar.

"Namun, saya tidak akan kembali ke Sweden dan hanya akan menunggu isteri di sini,"katanya.

Sementara itu, Rubiah menganggap kepulangan anaknya adalah hadiah terindah daripada Allah SWT dan beliau percaya apa yang dirancang oleh Allah adalah sesuatu yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

Aisyah, anak sulung Azizul Raheem, pula berkata tiada kata yang boleh menggambarkan kegembiraannya dan adik-adiknya dengan kepulangan bapa mereka.

"Kami sangat bersyukur ayah pulang, kami juga telah merancang untuk menjadikan warna ungu sebagi tema pakaian hari raya tahun ini," katanya.

1 comment:

  1. Alhamdullillah

    jadi lah orang melayu tak perlu menongkat langit , dengan gaya bangsa lain pun.

    kalau nak sangat anak bini keluarga maju , ikut aja cara bangsa cina majukan berbillion billion bangsa mereka... belajar cakap bahasa cina , mandarin pun sudah cukup.

    ekonomi dunia bangsa cina sudah pegang pun...

    orang putih baik bangsa atau bahasa , bawak tak ke mana pun... sikit saja yang rajin kerja kuat. rata rata malas macam khinzir saja.

    apa pun , bila makan gaji duit rakyat dari hasil cukai business cina , jadi lah pekerja rakyat tak perlu bergaya gaya...

    balik ke pangkal jalan masa muda ini baik , dari nak mati umur 55 tahun bila pencen...itu pun kalau dapat hidup lama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa