Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 17, 2014

Dah Polis Cari, Ko Serah Jerlah Pengunci Stereng Tu!

Polis cari pengunci stereng dalam kes Kiki
mk - 9:00PM - 17 Jul 2014
Wanita yang bertindak ganas ke atas seorang warga emas Sim Siak Heong, 68, dalam satu insiden kemalangan pada Isnin lepas di bandar ini ditahan untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Siti Fairrah Asyikin atau Kiki, 30, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira pukul 4 petang tadi dengan ditemani kedua-dua ibu bapanya serta seorang adik perempuan.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata polis kini sedang menyiasat daripada pelbagai sudut mengenai kejadian yang tersebar luas di media sosial itu.

"Polis juga sedang mengesan pengunci stereng yang digunakan wanita terbabit untuk mengetuk kereta warga emas berkenaan.

"Mengikut keterangan awal, wanita itu mendakwa telah membuang pengunci stereng itu di sekitar bandar ini dan kita dalam usaha mencari alat tersebut sebagai barang kes," katanya kepada pemberita di Kuantan.

Beliau berkata, selain itu pihaknya sudah mengenal pasti individu yang merakam video dan dimuat naik di laman sosial untuk membantu siasatan.

Abdul Aziz berkata polis juga sudah merakam percakapan Sim semalam dan sekiranya ada sebarang keperluan dalam siasatan, polis akan  memanggilnya semula untuk memberi keterangan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Dalam kejadian 1.10 tengah hari Isnin lepas, Kiki yang memandu sendirian mengamuk dan mengetuk kereta Sim dengan pengunci stereng setelah kereta Sim secara tidak sengaja melanggar kereta Peugeot 208 milik Kiki.

1 comment:

  1. Kerna itu kita kne jaga tatatertib sdat budaya Undang2 apa lagi Agama klu x der yg rakam Allah melihat kdua Malaikat menulis stiap perbuatan...InsyaAllah kita rasa Aman selamat n berwaspada..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa