Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 14, 2014

Hanya Di Malaysia Kot?

Kalau di negara lain pemimpin yang bermasalah moral pun akan meletakkan jawatan......

Masalah peribadi bukan halangan jadi menteri KDN, kata Zahid Hamidi
Published: 13 July 2014
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak akan menjadikan kecaman sebagai keutamaan beliau asalkan sedang berkhidmat untuk rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2014.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak melihat masalah peribadinya sebagai halangan untuk menjalankan tugas sebagai seorang menteri kabinet.
Menteri dalam negeri itu menganggap masalah yang dihadapinya sebagai satu perkara biasa dan sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaiannya.
“Saya tidak melihat ini sebagai masalah peribadi saya. Sesiapa sahaja yang menjadi  menteri dalam negeri, inilah masalah yang perlu mereka hadapi sekarang.
Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan keputusan kes saman sivil ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah terhadap Zahid selepas Hakim Vernon Ong Lam Kiat meneliti dokumen berkaitan.
Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli, selaku plaintif memfailkan saman menuntut ganti rugi terhadap Zahid yang didakwa mencederakannya.
Dalam tuntutan itu, Amir Bazli mendakwa Zahid menumbuk mukanya dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan mahkamah.
Pada 29 Ogos 2009, Zahid memfailkan permohonan membatalkan saman itu dengan alasan ia mengaibkan dan remeh.
Dalam pada itu, Zahid melahirkan rasa kesyukuran kerana kepimpinan di sekelilingnya komited dalam tugas masing-masing untuk menyelesaikan masalah.
Katanya, masyarakat perlu faham bahawa dirinya memikul tugas berat dan kecaman pihak tertentu tidak lagi menjadi keutamannya.
“Saya bersyukur kerana memiliki Ketua Polis Negara yang baik, tegas dan berani. Saya juga bersyukur kerana mempunyai Ketua Setiausaha, ketua pengarah serta pegawai kanan yang komited untuk bersama-sama saya menyelesaikan semua masalah ini.
“Tentu sekali perkara ini bukan secara kebetulan, tetapi bersandarkan kepada bagaimana cara saya mengurus dan mendekati mereka.
“Saya mahu jelaskan bahawa saya tidak akan mengambil kisah soal kecaman asalkan saya bertanggungjawab kepada rakyat, perdana menteri dan negara secara keseluruhannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas mengenai isu militan yang sering hangat diperkatakan, Zahid berkata tugas untuk menanganinya bukanlah terletak di bahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja.
Katanya, erti kata jihad sebenar adalah mempertahankan keharmonian yang ada di bawah kerajaan sekarang dan bukannya menggunakan interpretasi tersendiri untuk menghalalkan pengeboman berani mati.
“Masalah ini juga sebahagian daripada tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), majlis agama negeri dan Kementerian Pendidikan agar dijelaskan definisi sebenar jihad.
“Jihad yang sebenarnya bukan dengan melakukan pembunuhan dan aktiviti keganasan. Jihad sebenar adalah mengikut ajaran Rasulullah iaitu taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan pemimpin.
“Tidak ada satu ayat pun dalam Al-Quran atau sepatah hadis yang menyebut bahawa jihad adalah dengan melakukan perbuatan membunuh diri,” katanya kepada akhbar itu. – 13 Julai, 2014

2 comments:

  1. Tak hairanlah kalau banyak menteri diMsia ni haprak. Kalau ikut Rasul, sifat amanah, patonah, sidiq dan tabligh menjadi ikutan umatnya. Tumbuk muka orang ikut sifat siapa?????

    ReplyDelete
  2. dia ni dulu budak anwar ibrahim kan , sekarang apa jadi...

    dunya dunya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa