Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 11, 2014

"Ia teguran yang serius”

PM: Teguran pada Bung Moktar serius
mk - 8:13PM - 11 Jul 2014
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin parti perlu mengambil serius teguran agar tidak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip dan dasar parti.

Katanya, teguran berkenaaan, seperti yang disuarakannya ke atas ahli majlis tertinggi Datuk Bung Moktar Radin, perlu dipandang serius kerana kenyataan para pemimpin tersebut akan mencerminkan imej parti.

"Saya sudah mengingatkan kepada ahli Umno bahawa apa sahaja pendapat yang mereka keluarkan sedikit sebanyak mencerminkan pandangan luar terhadap Umno dan juga Majlis Tertinggi.

"Misalnya kalau seorang ahli parlimen, apa yang disuarakan itu, mereka yang berada diluar akan melihat kewibawaan BN," katanya.

Najib berkata beliau bertindak segera untuk menegur Bung Moktar dan MP Kinabatangan itu juga telah memohon maaf atas kenyataan yang menyanjung pemimpin parti Nazi Jerman, Adolf Hitler.

"Dan sebab itu saya ambil keputusan cepat untuk tegur beliau (Bung Moktar). Dan beliau telahpun minta maaf dan tarik balik kenyataan tersebut.

"Bung tahu pendirian kita. Maknanya kalau membuat satu kenyataan itu, tak boleh menyentuh dan bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangan parti.

"Kita sudah tegur dia secara terbuka. Ia teguran yang serius,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno.

2 comments:

  1. kalau ada yang hina hukum Allah bukan prinsip depa ka
    bole pulak

    ReplyDelete
  2. 'saya ambil keputusan cepat untuk tegur beliau'

    bila nak tegur muhyiddin?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa