Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 7, 2014

Isu Yang Buat Aku Meluat, Orang Lain Bagaimana?

Bukan meluat terhadap individu yang bernama Khalid Ibrahim
Tetapi terhadap PKR dan PAS
Dalam keadaan kini, sekiranya DAP tidak menolak Hukum Allah aku sudah pun menjadi ahli DAP!

‘Musuh’ Khalid Ibrahim guna media desak berundur
Published: 7 July 2014
Musuh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini guna media mendesak beliau melepaskan jawatan. Gambar fail The Malaysian Insider


Musuh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat mula menggunakan nama ‘media’ bagi mendesak beliau melepaskan jawatan berkenaan.
Khalid juga terus menerima tekanan dari dalam PKR sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar.
Musuh beliau sejak malam tadi mula mengedarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu atas nama media yang menyatakan beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan.
Mesej palsu berkenaan mula tersebar secara meluas sejak tengah malam Ahad termasuk oleh ahli PKR di Selangor yang mendakwa kononnya menerima maklumat daripada wakil media mengenai hasrat Khalid itu.
Susulan penyebaran mesej tersebut, petugas media mula menanti di istana sejak awal pagi menunggu Khalid.
Media melaporkan, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor bagaimanapun menafikan maklumat berkenaan.
Khalid sejak beberapa bulan lalu menerima tekanan untuk melepaskan jawatan sebagai menteri besar dari dalam PKR sendiri.
Malah, ‘Langkah Kajang’ yang dipelopori Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menggugurkan Khalid turut dilihat gagal.
Beberapa pemimpin PKR seperti Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mendesak Khalid melepaskan jawatan secara terbuka ekoran kekalahan di kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor yang disandangnya sebelum ini. – 7 Julai, 2014.

2 comments:

  1. BEBUDAK SUROH KHALID TU KAN BEBUDAK MELAYU ; MELAYU TU KAN KUAT DENGKI DAN BAHALOL JUGAK TU...

    KHALID INI MEMANG MELAYU BIJAK DAN SEBAB LURUS BENDOL , BEBUDAK MELAYU YANG MENONGKAT LANGIT NAK JADI SETAN DARAT...

    KALAU DAH BAHALOL , BENGGAP PULAK TU - DAH TAK BOLEH BUAT APA APA LAGI LAGI...

    SEDIHNYA YANG BAHALOL MACAM INI PUN ADA RAKYAT NAK PILIH JADI PEMIMPIN MEREKA.

    SAH LAH BILA RAKYAT BAHALOL , NEGARA PUN JADI BENGGAP.

    TERINGAT PULAK NEGARA SEBELAH TU !

    ReplyDelete
  2. Itu ler masalah nya bila ada dna umno.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa