SIAPA sangka, sebagai pemain profesional, dia tidak dikenali ramai tetapi sebagai seorang pengurus, dia mengendali dan menentukan nasib pemain-pemain ternama dunia seperti Lionel Messi, Kun Aguero, Zabaleta, Mascherano dan Higuain.
Dia adalah pengurus skuad Piala Dunia Argentina, Alejandro Sabella.
Alejandro Sabella masa kini...separuh botak dan tidak kacak sepertimana masa mudanya
Malah tidak ramai yang tahu Alejandro atau lebih dikenali sebagai Alex di Britain pernah bermain bersama kelab Divisyen Dua Inggeris, Sheffield United pada tahun 1978 dan selepas itu menyertai kelab ternama Divisyen Satu, Leeds United pada 1981.
Kini sebagai pengurus Argentina, Sabella menentukan nasib pemain ternama dunia seperti Messi
Ketika itu dia berusia 23 tahun.
Keseluruhannya Sabella menghabiskan masa selama tiga setengah tahun di England sebagai pemain profesional.
Sabella menyertai Sheffield United pada harga £160,000 pada 1978 dari kelab Argentina, River Plate.
Pengurus Sheffield United, Harry Haslam (kiri) memperkenalkan Sabella (kanan) kepada media pada tahun 1978.
Dengan wajah yang kacak, senyuman yang menawan dan berambut panjang (berbeza dengan wajahnya sekarang yang hampir botak) dia kemudiannya menjadi idola kelab tersebut.
Sabella selepas itu menyertai Leeds pada 1981 dengan bayaran perpindahan £400,000.
Selepas semusim bersama Leeds, isterinya merindui kampung halaman mereka dan Sabella minta dilepaskan.
Aksinya ketika mewakili Sheffield United
Leeds akhirnya menjual Sabella kepada kelab Argentina, Estudiantes.
Walaupun kehadiran Sabella di liga Inggeris tidak membawa impak sepertimana Ossie Ardiles dan Ricky Villa, yang menyertai Tottenham Hotpsurs selepas Piala Dunia 1978 tetapi kini namanya dijulang sebagai hero selepas berjaya mengemudi Argentina ke final Piala Dunia bertemu Jerman Ahad ini selepas menewaskan Belanda menerusi sepakan penalti pada awal Khamis.
Wajah kacak Sabella ketika muda dan bermain untuk kelab liga Inggeris...
Dan kini wajahnya yang hampir botak lebih dikenali di Argentina malah di seluruh dunia daripada wajahnya yang kacak semasa muda dahulu.
Alejandro adalah bukti nyata wajah kacak ada kalanya tidak menjamin kejayaan sebaliknya kejayaan hanya datang di hari tua ketika dia tidak lagi kacak tetapi lebih dikenali dan dipuja sebagai seorang hero.
Sabella ketika mewakili Leeds United .
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa