Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 11, 2014

Kerana Ketololan......

Adakah Malaysia pedulikan imej antarabangsanya?
TAD - 06:30PM Jul 10 2014
KOMEN: Seolah-olah keaiban yang diterima Suruhanjaya Tinggi Malaysia di atas kes rogol di New Zealand tidak mencukupi, ahli parlimen Malaysia perlu mewujudkan sebuah lagi isu diplomatik.
Jadi, Napoleon Kecil dan si dungu yang dipilih sebagai "pemimpin" Malaysia telah melanjutkan telatah mereka ke arena antarabangsa, bagi pihak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Adalah sukar dibayangkan bagaimana Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin boleh memuja diktator Jerman era Nazi, Adolf Hitler yang dianggap sebagai manusia yang paling kejam yang pernah wujud.
Warga Jerman hari ini sekalipun malu untuk mengaitkan diri mereka dengan bekas diktator mereka itu, yang bertanggungjawab ke atas kematian berjuta-juta orang. Tetapi bagi Bung Mokhtar, Hitler adalah wira.
Mungkin, ia adalah contoh kepimpinan melalui teladan. Jika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menggunakan keganasan dan pertumpahan darah 13 Mei sebagai ancaman halus terhadap rakyat Malaysia, bagaimana pula pendapat tentang Hitler di sini?
Apabila Najib boleh memberitahu Umno untuk mencontohi keberanian militan kejam seperti Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), bagaimana pula pendapat tentang Hitler di sini?
ISIS adalah kumpulan serpihan al-Qaeda yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam yang merangkumi kedua-dua Iraq dan Syria. ISIS dilihat sebagai organisasi pengganas oleh pihak berkuasa Malaysia dan di luar negara.
Seorang rakyat Malaysia yang disyaki telah menganggotai ISIS, telah dipercayai menjadi pengebom berani mati dalam sebuah letupan yang membunuh 25 anggota polis Iraq bulan lepas.
Awal bulan ini, tiga orang lelaki tempatan telah ditahan polis kerana disyaki memiliki hubungan dengan ISIS.
Di Malaysia, para pemimpin Barisan Nasional tidak memerlukan kebijaksanaan bagi mengucapkan apa sahaja yang mereka mahu, selagi ia memberi manfaat terhadap agenda politik dan peribadi mereka. Mereka tidak mempedulikan rakyat.
Laman sesawang Malaymail (MM) pada 9 Julai memetik Duta Jerman ke Malaysia sebagai membantah pujian Bung Mokhtar terhadap Hitler bagi prestasi negara itu dalam Piala Dunia, menyatakan bahawa perbandingan itu "tidak dapat diterima".
Dalam sebuah kenyataan melalui e-mel kepada MM, Holger Michael berkata kedutaan itu "menolak dengan keras" rujukan yang dibuat oleh Bung Mokhtar, yang mengatakan bahawa pasukan (bolasepak) Jerman telah "berjuang seperti Hitler" dalam perlawanan separuh akhir menentang Brazil.
"Walaupun kami menghargai kekagumannya terhadap pasukan bola sepak Jerman, kami menolak kiasan tidak wajarnya kepada rejim fasis Adolf Hitler," kata Michael.
Bung Mokhtar telah menulis rasa hormatnya kepada Hitler di laman Twitter-nya pada 9 Julai, yang menyebabkan ramai pengguna Twitter mengecamnya. Bung yang tidak menyesal kemudian mengecam kembali mereka.
“Well done… Bravo… Long live Hitler …” (Syabas ... Bravo ... Hidup Hitler ...) ahli parlimen persekutuan itu menulis di akaun Twitter @MyKinabatangan.
Bung Mokhtar telah mempertahankan tweet beliau dengan berkata dia hanya berbuat sedemikian disebabkan rasa kagum beliau terhadap pasukan bola sepak Jerman.
Ahli parlimen Kinabatangan dari Sabah itu, yang mengakui dirinya penyokong pasukan yang digelar "Die Mannschaft", berkata mereka berjuang seperti Hitler ketika mereka membelasah Brazil 7-1.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan bahawa komen Hitler Bung Mokhtar menghina Jerman dan bukannya suatu pujian, dan bertentangan dengan undang-undang ‘denazifikasi’ negara itu.
Jerman era moden mempunyai undang-undang yang melarang pengedaran atau penggunaan di khalayak awam simbol kumpulan-kumpulan yang tidak mematuhi perlembagaan, khususnya bendera, lambang, pakaian seragam, slogan dan bentuk ucapan yang berkaitan dengan Reich Ketiga dan lain-lain bentuk fasisme.
Tetapi adakah polis Cawangan Khas akan menyiasat Bung Mokhtar kerana menyokong dan mempertahankan fahaman Nazi? Kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika kenyataan yang sama telah dibuat oleh seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat?
Kelewatan Malaysia dalam mengekstradisi Muhammad Rizalman Ismail telah mula menimbulkan keraguan mengenai keikhlasan negara dalam menghantar Rizalman pulang ke New Zealand bagi berhadapan dengan pertuduhan serangan seksual.
Rizalman yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington tahun lalu, telah ditahan pada 9 Mei atas cubaan pecah rumah dan serangan seksual terhadap Tania Billingsley, 21, dengan niat untuk merogol.
Rizalman, 38 tahun, didakwa mengikuti Tania ke rumahnya di Brooklyn pada 9 Mei, di mana serangan seksual itu didakwa berlaku.
Rizalman telah ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya, atas dakwaan pecah rumah dan percubaan merogol. Dia kemudiannya menggunakan kekebalan diplomatik untuk kembali ke Malaysia.
Dunia sedang memerhatikan bagaimana Malaysia mengendalikan dua isu ini. Tetapi adakah pentadbiran Darul Boleh benar-benar peduli tentang imej antarabangsanya?

3 comments:

  1. tahukah admin bhwa hitlet telah membunuh rmai org.. tp yg di bunuh itu org yahudi. hitler slh stu janeral perang yg sggup tggu askar dia beragama islam siap solat di pdng perang bru smbung berperang. hitler jugak bnyk mendekati para ulama islam ketika itu untuk mendapat nasihat. so kenytaan bung mokhtar tu ad btol tp x bersesuain.. sbb hitler pernah kata. AKU BOLEH BUNUH SEMUA YAHUDI DI DUNIA INI TAPI AK TINGGALKAN SEDIKIT UNTUK KAMU ORG ISLAM SUPAYA KAMU TAHU SIAPA ITU YAHUDI DAN KAMU BELAJAR..

    MAAF KLAU STATEMENT SYA X BTOL..

    ReplyDelete
  2. Anon 5:35 AM

    Article ini tidak hanya merujuk kepada Bung Mokhtar seorang sahaja sahaja.....

    ReplyDelete
  3. sekim pembahalolan bangsa yang di wujudkan oleh Kafir Lahanat LORD REID telah berjaya menghasilkan keputusan positive terbaik untuk negara...

    dari ketua hingga ke rakyat jelata , rata rata bangga dengan sikap bahalol bagai beruk di pucuk pokok kelapa.

    "apa kah sama si bahalol dengan beruk ?"

    untuk renungan ber sama

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa