Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 1, 2014

Korang Percayakah?

Atau adakah beliau menjadi korban kuasa bodek?

Naib canselor nafi campurtangan politik tukar pengarah UMcedel 
Published: 1 July 2014
Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin-Naib Canselor Universiti Malaya

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin menafikan wujudnya tekanan politik daripada Kementerian Pendidikan sehingga menyebabkan peletakan jawatan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMcedel), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman.
Amin berkata, keputusan menggugurkan Redzuan dibuat selepas mengambil kira kepentingan universiti dan tidak ada kaitan dengan sebarang tekanan daripada pihak luar.
"Keputusan diambil selepas Universiti Malaya mengambil kira tempoh persaraan Profesor Mohammad Redzuan pada tahun depan dan memberikan peluang kepada timbalannya, Dr Amir Saifude Ghazali menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai pengarah badan kajian bebas.
"Walau bagaimanapun, Profesor Mohammad Redzuan masih boleh menyambung kepakarannya sebagai ahli kumpulan penyelidik UMcedel dan sebagai seorang profesor di Jabatan Sejarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
"Pengetahuan dan kebijaksanannya sudah tentu akan menjadi aset dalam mengembangkan kajian politik dan menjadikan UMcedel sebagai badan kajian politik ulung di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini. 
Mengenai isu dekan fakulti, Amin menjelaskan bahawa jawatan itu merupakan jawatan pentadbiran, apabila Naib Canselor berkuasa melantik selama sepenggal (2 atau 3 tahun) dan mengikut proses pemilihan.
Katanya, Redzuan sudah berkhidmat selama dua penggal (3+2 tahun), dan pelantikan timbalannya Prof Dr Md Sidin Ahmad mampu memberi kestabilan pelan jangka panjang fakulti.
"Pelantikan Prof Md Sidin bertepatan memandangkan beliau adalah bekas Timbalan Dekan (Pasca Ijazah) Fakulti Sastera dan Sains Sosial selama lima tahun dan calon terbaik bagi menyambung budaya penyelidikan yang terbaik di fakulti," katanya.
Jelasnya, proses pelantikan dekan merupakan amalan pemilihan biasa selepas tempoh khidmat mereka berkahir 30 Jun 2014.
Proses itu bermula dengan permohonan daripada staff akademik, pengundian oleh kakitangan fakulti, kemudiannya ke peringkat temuduga dihadapan panel yang dilantik dan diketuai oleh Naib Canselor sendiri.
Katanya, UM menjalankan pengundian pada 10 dan 12 Jun lalu dan temuduga diadakan dengan tiga calon finalis antara 17 Jun dan 20 lalu.
Subseksyen 24 (4) Perlembagaan UM turut menyatakan, Naib Canselor hendaklah melantik seorang dekan/pengarah daripada tiga calon disenarai pendek yang menerima markah tertinggi.
Redzuan merupakan seorang daripada tiga calon yang disenarai pendek, selain Md Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.
Selepas berbincang panjang, pihak pentadbiran memutuskan melantik Md Sidin, 55, sebagai dekan baru dan menggantikan Redzuan, 59, yang dijangka akan bersara pada tahun depan," katanya.
Peletakan jawatan Redzuan sebagai Pengarah UMcedel didakwa akibat berlakunya campurtangan orang politik yang tidak senang dengan hasil kajiannya seakan mesra Pakatan Rakyat.
Jawatan dekan fakultinya juga tidak dilanjutkan kerana membuat kajian tentang sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.
Redzuan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan hasil kajian mengenai penerimaan rakyat jika Anwar dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam responnya terhadap nasib Redzuan turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Felo Penyelidik Kanan UM atas alasan prinsip kebebasan akademik dan solidariti. – 1 Julai, 2014.

2 comments:

  1. nak kelentong specis UMNO bolehlah, mereka semua jarang berfikir.

    ReplyDelete
  2. bila nak maju kalau tak boleh terima kelemahan yang ada tak kan nak kena bodek memanjang
    memang puak ni nak senang tapi tak mau susah dulu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa