Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 5, 2014

Lagi Menteri Sekolahkan Menteri WP Ni!

Tak tahulah apa yang ada dalam kepala hotak menteri WP ni?
Tadi Khairy cubit dia - baca di sini

Menteri: Ku Nan perlu utama gelandangan
mk - 9:52PM - 4 Jul 2014


Datuk Abdul Rahman Dahlan

Kementerian Wilayah Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan pelaksanaan tidak membenarkan pemberian bantuan kepada gelandangan di Bukit Bintang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata aktiviti gelandangan adalah sesuatu yang normal berlaku di bandar besar.

"Kita perlu pertimbangkan mengenai nasib gelandangan ini berbanding kebersihan, bagi saya, selagi mereka tidak melakukan jenayah besar, kita lebih harus prihatin terhadap mereka," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan berbuka puasa dengan kakitangan kementeriannya hari ini.

Akhbar melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan menetapkan bahawa aktiviti pemberian bantuan kepada gelandangan tidak boleh dilakukan dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan, yang dijangka bermula dua minggu lagi.

Beliau juga berpendapat pelaksanaan tersebut perlu ditunda bersama mekanisme lain memandangkan umat Islam kini berada di dalam bulan Ramadan dan cadangan tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada orang ramai.

"Kementerian saya dan Wilayah Persekutuan banyak membuat program untuk golongan gelandangan, dan saya faham niat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membantu golongan itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa