DBKL sedia rumah perlindungan untuk gelandangan
SH - 5 Julai 2014
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan lokasi lebih sesuai untuk mereka meneruskan aktiviti amal.
"Saya mengalu-alukan mereka membantu kita memberi makanan kepada gelandangan malah saya sampai sekarang pun ada memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada Soup Kitchen di Jalan Imbi.
"Jadi kita akan bincang dengan mereka bersama DBKL bagaimana untuk selesaikan masalah ini secara baik kerana kita nak juga memastikan bahawa gelandangan ini terbela," katanya.
Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka, mencemarkan imej bandar raya, terutama dari segi kebersihan. - Bernama
Adenan manzur ni jenis " jumpa ular dn dia pelepah dia duli. Bukan saja lidah berbelit tapi dia sendiri lagi pembelit.
ReplyDeleteJika tak mana bolih jadi tengku palsu....mak ayah dari buluh betong kn!
Sekarang nie pengundi sudah tahu siapa ku nan lidang bercabang nie dan sekarang mengaku pula bagi sumbangan beras ,kunun nak bagi tau yang dia perihatin ,kalau ikhlas kita nak bantu,kita tak perlu bagi tahu sumbangan itu,bak kata pepatah jika tangan kanan memberi tangan kiri tak akan tahu, tangan yang memberi akan jadi saksi diakhirat kelak tangan yang diatas lebih hina dari tangan yang dibawah jika sedekah yang dihulur itu diungkit dengan menghebohkan pemberian kita,insaflah bila bercakap terutama dalam bulan yang mulia ini ,tidak guna kita bersedakah dan bermurah hati jika sedekah yang kita beri itu dihebohkan dengan hati yang takabur untuk memberi tahu yang kita ini pemurah wal hal dihati kita pergi mampus lah kamu peminta sedekah dan pengeladangan.
ReplyDeleteMesti ini cara nan songlap duit.makin bertambah ler koleksi duit haram.makin bertambah lg ler keharamjadahan dia.
ReplyDelete